Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 2A

Memahami Nubuat Yehezkiel

Memahami Nubuat Yehezkiel

APAKAH ITU NUBUAT?

Dalam Bible, perkataan Ibrani na·vaʼʹ, diterjemahkan sebagai “bernubuat,” dan merujuk kepada perbuatan mengisytiharkan mesej, penghakiman, ajaran, atau perintah daripada Tuhan. Perkataan ini juga boleh bermaksud mengumumkan perkhabaran daripada Tuhan tentang apa yang bakal berlaku. Nubuat Yehezkiel merangkumi semua aspek itu.​—Yeh. 3:10, 11; 11:4-8; 14:6, 7; 37:9, 10; 38:1-4.

CARA DISAMPAIKAN

  • PENGLIHATAN

  • PERUMPAMAAN

  • LAKONAN

Buku Yehezkiel mengandungi penglihatan, perumpamaan, cerita kiasan, dan nubuat-nubuat yang dilakonkan oleh Yehezkiel.

BAGAIMANA MENJADI KENYATAAN

Sesetengah nubuat Yehezkiel menjadi kenyataan lebih daripada satu kali. Sebagai contoh, nubuat-nubuat tentang pemulihan ibadat sejati telah menjadi kenyataan semasa umat Tuhan kembali ke Tanah yang Dijanjikan. Tetapi seperti yang dibincangkan dalam Bab 9 buku ini, banyak nubuat itu juga menjadi kenyataan pada hari ini dan akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Pada masa dahulu, kita menganggap sesetengah aspek dalam nubuat Yehezkiel, contohnya orang, objek, tempat, atau peristiwa tertentu selalunya mengandungi isi tersirat yang melambangkan atau menggambarkan sesuatu. Namun maklumat sedemikian tidak akan dibincangkan dalam buku ini, kecuali jika Bible sendiri menyebutnya dengan jelas. * Sebaliknya buku ini menunjukkan bagaimana banyak nubuat Yehezkiel akan menjadi kenyataan dalam skala yang lebih besar. Kita juga akan mengkaji pengajaran yang dapat diraih daripada mesej Yehezkiel, dan daripada orang, tempat, dan peristiwa yang disebut olehnya.

^ per. 12 Untuk maklumat lanjut, lihat Menara Pengawal, 15 Mac 2015, ms. 9-11, per. 7-12; dan “Pertanyaan Pembaca,” ms. 17-18 dalam majalah yang sama.