Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 10B

“Tulang-Tulang Kering” dan ‘Dua Orang Saksi’​—Apakah Kaitannya?

“Tulang-Tulang Kering” dan ‘Dua Orang Saksi’​—Apakah Kaitannya?

PADA 1919, dua nubuat yang saling berkaitan telah menjadi kenyataan: (1) Nubuat tentang “tulang-tulang kering,” dan (2) nubuat tentang ‘dua orang saksi.’ Nubuat pertama meliputi jangka masa yang panjang (selama berabad-abad) dan berakhir apabila sekumpulan besar umat Tuhan dihidupkan semula. (Yeh. 37:2-4; Why. 11:1-3, 7-13) Nubuat yang kedua pula meliputi jangka masa yang pendek (dari hujung 1914 sehingga awal 1919) dan berakhir apabila sekumpulan kecil umat Tuhan dihidupkan semula. Kedua-dua nubuat ini merujuk kepada pembangkitan kiasan, dan telah menjadi kenyataan lagi pada 1919 apabila Yehuwa membantu umat-Nya yang terurap untuk “berdiri” semula. Kemudian, mereka dibebaskan daripada Babilon Besar dan dikumpulkan dalam sidang Kristian yang dipulihkan.—Yeh. 37:10.

Namun, terdapat suatu perbezaan antara kedua-dua nubuat ini. Nubuat tentang “tulang-tulang kering” menunjukkan bahawa semua orang terurap akan dihidupkan semula. Sebaliknya, nubuat tentang ‘dua orang saksi’ menunjukkan bahawa hanya beberapa orang terurap akan dihidupkan semula, iaitu saudara-saudara yang mengambil pimpinan dalam organisasi Tuhan dan kemudiannya dilantik sebagai “hamba yang setia dan bijaksana.”​—Mat. 24:45; Why. 11:6. *

“Sebuah Dataran yang Penuh dengan Tulang”​—Yeh. 37:1

  1. SELEPAS 100 M

    Bermula pada abad kedua Masihi, sidang Kristian yang terurap dibunuh secara kiasan, dan “dataran” dipenuhi dengan “tulang”

  2. AWAL 1919

    1919: “Tulang-tulang kering” hidup semula apabila Yehuwa membebaskan semua orang terurap daripada Babilon Besar. Mereka dikumpulkan dalam sidang Kristian yang dipulihkan

‘Dua Orang Saksi’​—Why. 11:3

  1. HUJUNG 1914

    menginjil “sambil memakai kain guni”

    1914: ‘Dua orang saksi’ menginjil “sambil memakai kain guni” selama tiga tahun setengah. Pada akhir jangka masa itu, mereka dibunuh secara kiasan

  2. mati secara kiasan

  3. AWAL 1919

    1919: ‘Dua orang saksi’ hidup semula apabila sekumpulan kecil saudara terurap yang mengambil pimpinan dalam organisasi dilantik sebagai “hamba yang setia dan bijaksana”

^ per. 4 Lihat Menara Pengawal, Mac 2016, “Pertanyaan Pembaca.”