Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 10C

Bantuan agar Kita Bangkit Semula

Bantuan agar Kita Bangkit Semula

PENGAJARAN daripada penglihatan di Yehezkiel 37:1-14 dapat diterapkan dalam kehidupan kita. Dengan demikian, kita dapat memperoleh kekuatan daripadanya. Apakah pengajarannya?

Ada kalanya, kita rasa dibebani oleh tekanan dan cabaran hidup. Semua ini membuat kita penat dan ingin putus asa. Namun, kita boleh mendapat kekuatan apabila kita merenungkan penglihatan Yehezkiel. Mengapa? Penglihatan ini mengajar kita bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk menghidupkan tulang-tulang yang mati. Maka, Dia pasti dapat memberi kita kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi cabaran apa pun, termasuk masalah yang nampaknya mustahil diatasi!​—Baca Mazmur 18:29; Flp. 4:13.

Ingatlah juga kata-kata Nabi Musa yang hidup ratusan tahun sebelum zaman Yehezkiel: “Sejak dahulukala, Tuhan ialah tempat perlindunganmu. Tangan-Nya akan sentiasa menyokongmu.” (Ul. 33:27) Ya, Yehuwa bukan hanya mempunyai kuasa, tetapi Dia juga ingin menggunakan kuasa-Nya untuk membantu umat-Nya. Maka, semasa dilanda kesusahan, kita boleh bergantung pada Yehuwa. Dia pasti menyokong kita dan membantu kita bangkit semula.​—Yeh. 37:10.