Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Maklumat untuk Para Hadirin

Maklumat untuk Para Hadirin

ATENDAN Para atendan ditugaskan untuk membantu anda. Sila berikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka dengan mengikut arahan-arahan berkenaan tempat letak kereta, laluan yang patut digunakan, tempat duduk, dan hal-hal lain.

HILANG DAN JUMPA Semua barang yang dijumpai harus dibawa ke Bahagian Hilang dan Jumpa. Jika anda kehilangan sesuatu, pergilah ke bahagian ini. Kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa harus dibawa ke bahagian ini. Namun, untuk mengelakkan situasi sebegini, sila awasi anak-anak anda dan pastikan mereka berada di sisi anda.

KHIDMAT SUKARELA Jika anda ingin membantu dalam kerja yang berkaitan dengan konvensyen, sila laporkan diri ke Bahagian Maklumat dan Khidmat Sukarela.

PEMBAPTISAN Kecuali apabila dinyatakan, tempat duduk yang dikhaskan untuk calon pembaptisan terletak di hadapan pentas dalam dewan utama. Calon pembaptisan patut berada di tempat duduk yang telah dikhaskan sebelum ceramah pembaptisan bermula pada pagi Sabtu. Setiap calon patut membawa tuala dan pakaian yang sopan dan sesuai untuk pembaptisan.

PERTOLONGAN CEMAS Sila ingat bahawa perkhidmatan ini adalah untuk KECEMASAN SAHAJA.

SUMBANGAN Banyak perbelanjaan telah digunakan bagi menyediakan tempat duduk yang mencukupi, sistem pembesar suara, peralatan video, dan pelbagai perkhidmatan lain supaya para hadirin dapat menikmati konvensyen dengan selesa dan memperoleh manfaat rohani. Sumbangan sukarela anda membantu membiayai perbelanjaan ini dan juga menyokong kerja sedunia. Untuk kemudahan anda, peti-peti sumbangan diletakkan di sekitar dewan konvensyen. Semua sumbangan amat dihargai. Badan Pimpinan ingin merakamkan penghargaan atas kemurahan hati yang anda tunjukkan demi kepentingan Kerajaan Tuhan.

TEMPAT DUDUK Sila bertimbang rasa terhadap orang lain. Ingatlah bahawa anda hanya boleh mengekhaskan tempat duduk bagi ahli keluarga terdekat, pelajar anda, mereka yang menaiki kenderaan yang sama dengan anda, atau tinggal serumah dengan anda. Jangan letak barang-barang anda di atas tempat duduk yang lain.

PERJUMPAAN KHAS

SEKOLAH LATIHAN PENGINJIL Perintis yang berusia antara 23-65 tahun, dan berminat untuk meluaskan khidmat mereka, dijemput untuk menghadiri perjumpaan Sekolah Latihan Penginjil pada petang Ahad. Tempat dan masa untuk perjumpaan ini akan diumumkan.

Diaturkan oleh Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa