Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Maklumat untuk Hadirin

Maklumat untuk Hadirin

Maklumat untuk Hadirin

ATENDAN Atendan ialah orang yang ditugaskan untuk membantu kamu. Sila kerjasama dengan mereka. Sila ikut arahan-arahan tentang tempat letak kereta, laluan yang patut digunakan, tempat duduk, dan perkara lain.

BANTUAN KECEMASAN Perkhidmatan ini adalah untuk KECEMASAN SAHAJA.

DERMA Banyak wang telah digunakan untuk sediakan tempat duduk yang cukup, sistem pembesar suara, peralatan video, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Semua ini adalah supaya hadirin dapat menikmati perjumpaan besar dengan selesa dan belajar tentang Tuhan. Derma kamu telah membantu bayar perbelanjaan ini dan juga menyokong kerja sedunia. Peti-peti untuk meletakkan derma ada di sekitar dewan perjumpaan besar. Semua derma kamu sangat dihargai. Badan Pimpinan ingin ucapkan terima kasih kerana kamu menyokong kerja Kerajaan Tuhan.

HILANG DAN JUMPA Semua barang yang dijumpai harus dibawa ke Bahagian Hilang dan Jumpa. Jika kamu hilang barang, sila pergi ke bahagian ini. Kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa harus dibawa ke bahagian ini. Tetapi, untuk elakkan situasi ini, sila jaga anak-anak sendiri dan pastikan mereka ada bersama kamu.

KHIDMAT SUKARELA Jika kamu ingin bantu dalam kerja yang berkaitan dengan perjumpaan besar, sila pergi ke Bahagian Maklumat dan Khidmat Sukarela.

PEMBAPTISAN Kecuali apabila dinyatakan, tempat duduk untuk calon pembaptisan terletak di hadapan pentas dalam dewan utama. Calon-calon pembaptisan patut berada di tempat duduk ini sebelum ceramah pembaptisan mula pada pagi Sabtu. Setiap calon patut bawa tuala dan pakaian yang sopan dan sesuai untuk pembaptisan.

TEMPAT DUDUK Sila bertimbang rasa terhadap orang lain. Kamu hanya boleh simpan tempat duduk untuk ahli keluarga terdekat, pelajar Bible kamu, mereka yang guna kenderaan yang sama dengan kamu, atau tinggal dengan kamu. Jangan letak barang-barang kamu di atas tempat duduk yang lain.

PERJUMPAAN ISTIMEWA

SEKOLAH LATIHAN PENGINJIL Untuk perintis yang berumur antara 23-65 tahun yang mahu meluaskan khidmat untuk Yehuwa, kamu dijemput untuk datang ke perjumpaan Sekolah Latihan Penginjil pada petang Ahad. Masa dan tempat untuk perjumpaan ini akan diumumkan.

KASIH TIDAK PERNAH GAGAL!

PERJUMPAAN BESAR SAKSI-SAKSI YEHUWA 2019

Diaturkan oleh Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa