Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 04

Siapakah Tuhan?

Siapakah Tuhan?

Dari dahulu lagi, manusia menyembah banyak tuhan. Tapi Bible menyebut tentang satu Tuhan yang “lebih agung daripada tuhan-tuhan lain.” (2 Tawarikh 2:5) Siapakah Dia? Mengapakah Dia lebih hebat daripada tuhan-tuhan yang lain? Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang Tuhan yang istimewa ini.

1. Siapakah nama Tuhan, dan mengapakah kita yakin bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?

Dalam Bible, Tuhan memperkenalkan diri-Nya kepada kita. Dia kata, “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.” (Baca Yesaya 42:5, 8.) Yehuwa ialah nama “Tuhan yang benar di syurga dan di bumi.” (Ulangan 4:39) Nama “Yehuwa” diterjemahkan daripada bahasa Ibrani dan nama-Nya boleh bermaksud “Dia Menyebabkan Menjadi.” Nama-Nya tertulis lebih daripada 7,000 kali dalam Bible! a Tidakkah hal ini menunjukkan bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?—Keluaran 3:15.

2. Apa yang Bible katakan tentang Yehuwa?

Bible kata Yehuwa ialah satu-satunya Tuhan yang benar. Mengapa? Ada beberapa sebab. Yehuwa ialah “satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.” Maksudnya, Dia mempunyai kedudukan yang paling tinggi. (Baca Mazmur 83:18.) Dia ialah Tuhan “Yang Maha Kuasa” kerana Dia dapat lakukan apa-apa sahaja. Dia telah “menciptakan segala sesuatu,” termasuk alam semesta dan segalanya di bumi. (Wahyu 4:8, 11) Hanya Yehuwa yang wujud dari dahulu dan akan wujud buat selama-lamanya.​—Mazmur 90:2.

KETAHUILAH

Ketahuilah perbezaan antara gelaran-gelaran Tuhan dan nama peribadi-Nya. Belajar mengapa dan bagaimana Dia memperkenalkan diri-Nya kepada anda.

3. Tuhan ada banyak gelaran, tapi hanya ada satu nama

Untuk mengetahui perbezaan antara gelaran dengan nama seseorang, mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perbezaan antara gelaran seperti “Tuhan” dengan nama peribadi?

Bible kata orang sembah banyak tuhan. Baca Mazmur 136:1-3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Siapakah “Tuhan atas segala tuhan”?

4. Yehuwa mahu anda kenal dan guna nama-Nya

Bagaimanakah anda tahu Tuhan mahu anda mengenali nama-Nya? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa Tuhan mahu nama-Nya dikenali? Mengapa?

Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya. Baca Roma 10:13, kemudian bincang soalan berikut:

  • Seberapa pentingkah untuk menggunakan nama Yehuwa?

  • Apakah perasaan anda apabila seseorang ingat dan panggil anda dengan menggunakan nama anda?

  • Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa semasa anda menggunakan nama-Nya?

5. Yehuwa mahu anda mendekati-Nya

Seorang wanita dari Kemboja yang bernama Soten berasa sangat gembira selepas belajar tentang nama Tuhan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kehidupan Soten berubah selepas dia belajar tentang nama Yehuwa?

Biasanya anda harus tahu nama seseorang sebelum menjadi kawannya. Baca Yakobus 4:8a, kemudian bincang soalan berikut:

  • Yehuwa mahu anda buat apa?

  • Jika anda mengetahui dan menggunakan nama-Nya, adakah ini membantu anda menjadi lebih rapat dengan-Nya? Mengapa?

ADA ORANG KATA: “Tidak penting sama ada kita mahu guna nama peribadi Tuhan atau tidak.”

  • Adakah anda percaya bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa?

  • Bagaimanakah anda akan jelaskan bahawa Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya?

RINGKASAN

Yehuwa ialah nama satu-satunya Tuhan yang benar. Dia mahu kita tahu dan guna nama-Nya agar kita dapat menghampiri-Nya.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yehuwa berbeza daripada tuhan-tuhan yang lain?

  • Mengapakah kita harus menggunakan nama Tuhan?

  • Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa mahu anda menghampiri-Nya?

Matlamat

JOM BELAJAR

Periksalah lima sebab yang membuktikan bahawa Tuhan benar-benar wujud.

“Adakah Tuhan Wujud?” (Rencana di laman web)

Kajilah mengapa masuk akal untuk percaya bahawa Tuhan sentiasa wujud.

“Siapakah yang Menciptakan Tuhan?” (Menara Pengawal, 1 Ogos 2014)

Belajar mengapa kita patut guna nama Tuhan walaupun kita tidak tahu sebutan asalnya.

“Siapakah Yehuwa?” (Rencana di laman web)

Adakah cara kita memanggil Tuhan penting? Kajilah sebab yang menunjukkan bahawa Tuhan hanya mempunyai satu nama.

“Tuhan Mempunyai Berapa Nama?” (Rencana di laman web)

a Untuk maklumat lanjut tentang maksud nama Tuhan dan mengapa sesetengah Bible mengeluarkannya, lihat Lampiran A4 dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu.