PELAJARAN 04

Siapakah Tuhan?

Siapakah Tuhan?
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Dari dahulu lagi, manusia menyembah banyak tuhan. Tapi Bible menyebut tentang satu Tuhan yang “lebih agung daripada tuhan-tuhan lain.” (2 Tawarikh 2:5) Siapakah Dia? Mengapakah Dia lebih hebat daripada tuhan-tuhan yang lain? Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang Tuhan yang istimewa ini.

1. Siapakah nama Tuhan, dan mengapakah kita yakin bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?

Dalam Bible, Tuhan memperkenalkan diri-Nya kepada kita. Dia kata, “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.” (Baca Yesaya 42:5, 8.) Yehuwa ialah nama “Tuhan yang benar di syurga dan di bumi.” (Yohanes 17:3) Nama “Yehuwa” diterjemahkan daripada bahasa Ibrani dan nama-Nya boleh bermaksud “Dia Menyebabkan Menjadi.” Nama-Nya tertulis lebih daripada 7,000 kali dalam Bible! a Tidakkah hal ini menunjukkan bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?—Keluaran 3:15.

2. Apa yang Bible katakan tentang Yehuwa?

Bible kata Yehuwa ialah satu-satunya Tuhan yang benar. Mengapa? Ada beberapa sebab. Yehuwa ialah “satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.” Maksudnya, Dia mempunyai kedudukan yang paling tinggi. (Baca Mazmur 83:18.) Dia ialah Tuhan “Yang Maha Kuasa” kerana Dia dapat lakukan apa-apa sahaja. Dia telah “menciptakan segala sesuatu,” termasuk alam semesta dan segalanya di bumi. (Wahyu 4:8, 11) Hanya Yehuwa yang wujud dari dahulu dan akan wujud buat selama-lamanya.​—Mazmur 90:2.

KETAHUILAH

Ketahuilah perbezaan antara gelaran-gelaran Tuhan dan nama peribadi-Nya. Belajar mengapa dan bagaimana Dia memperkenalkan diri-Nya kepada anda.

3. Tuhan ada banyak gelaran, tapi hanya ada satu nama

Untuk mengetahui perbezaan antara gelaran dengan nama seseorang, mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perbezaan antara gelaran seperti “Tuhan” dengan nama peribadi?

Bible kata orang sembah banyak tuhan. Baca Mazmur 136:1-3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Siapakah “Tuhan atas segala tuhan”?

4. Yehuwa mahu anda kenal dan guna nama-Nya

Bagaimanakah anda tahu Tuhan mahu anda mengenali nama-Nya? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa Tuhan mahu nama-Nya dikenali? Mengapa?

Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya. Baca Roma 10:13, kemudian bincang soalan berikut:

  • Seberapa pentingkah untuk menggunakan nama Yehuwa?

  • Apakah perasaan anda apabila seseorang ingat dan panggil anda dengan menggunakan nama anda?

  • Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa semasa anda menggunakan nama-Nya?

5. Yehuwa mahu anda mendekati-Nya

Seorang wanita dari Kemboja yang bernama Soten berasa sangat gembira selepas belajar tentang nama Tuhan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kehidupan Soten berubah selepas dia belajar tentang nama Yehuwa?

Biasanya anda harus tahu nama seseorang sebelum menjadi kawannya. Baca Yakobus 4:8a, kemudian bincang soalan berikut:

  • Yehuwa mahu anda buat apa?

  • Jika anda mengetahui dan menggunakan nama-Nya, adakah ini membantu anda menjadi lebih rapat dengan-Nya? Mengapa?

ADA ORANG KATA: “Tidak penting sama ada kita mahu guna nama peribadi Tuhan atau tidak.”

  • Adakah anda percaya bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa?

  • Bagaimanakah anda akan jelaskan bahawa Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya?

RINGKASAN

Yehuwa ialah nama satu-satunya Tuhan yang benar. Dia mahu kita tahu dan guna nama-Nya agar kita dapat menghampiri-Nya.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yehuwa berbeza daripada tuhan-tuhan yang lain?

  • Mengapakah kita harus menggunakan nama Tuhan?

  • Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa mahu anda menghampiri-Nya?

Matlamat

JOM BELAJAR

Periksalah lima sebab yang membuktikan bahawa Tuhan benar-benar wujud.

“Adakah Tuhan Wujud?” (Rencana di laman web)

a Untuk maklumat lanjut tentang maksud nama Tuhan dan mengapa sesetengah Bible mengeluarkannya, lihat Lampiran A4 dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu.