Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 07

Apakah Sifat-Sifat Yehuwa?

Apakah Sifat-Sifat Yehuwa?

Semasa sebut tentang Tuhan, apakah hal pertama yang anda fikirkan? Adakah Yehuwa sangat berkuasa tetapi seperti bintang-bintang, Dia sangat jauh daripada manusia? Adakah Dia seperti kilat yang mengagumkan tetapi tiada sifat-sifat atau keperibadian? Inginkah anda tahu lebih banyak tentang Yehuwa? Bible memberitahu kita tentang sifat-sifat Yehuwa dan perasaan-Nya terhadap kita.

1. Mengapakah kita tidak dapat lihat Tuhan?

“Tuhan ialah Roh.” (Yohanes 4:24) Yehuwa tidak mempunyai tubuh seperti kita. Dia tinggal di tempat yang kita tidak dapat lihat, iaitu di syurga.

2. Apakah sesetengah sifat Tuhan Yehuwa?

Walaupun kita tidak dapat melihat Yehuwa, kita dapat mengenali sifat-sifat-Nya. Bible berkata, “Yehuwa mencintai keadilan, dan Dia tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.” (Mazmur 37:28) Dia juga “berbelas kasihan dan mempunyai kasih yang mendalam,” terutamanya terhadap orang yang berada dalam kesusahan. (Yakobus 5:11) “Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati; Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.” (Mazmur 34:18) Tidakkah semua ini buat kita rasa tertarik kepada-Nya? Selain itu, perbuatan kita dapat mempengaruhi perasaan-Nya. Jika kita berbuat jahat, Dia akan rasa sedih. (Mazmur 78:40, 41) Sebaliknya, jika kita berbuat baik, Dia pasti rasa gembira.​—Baca Amsal 27:11.

3. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kasih-Nya kepada kita?

Kasih ialah sifat utama Yehuwa. Bible berkata, “Tuhan itu kasih.” (1 Yohanes 4:8) Kita dapat belajar tentang kasih Yehuwa melalui Bible dan ciptaan-Nya. (Baca Kisah 14:17.) Contohnya, manusia diciptakan dalam cara yang sangat istimewa. Kita dapat melihat pelbagai warna, menikmati muzik yang indah, dan merasakan makanan yang sangat sedap. Ya, Yehuwa mahu kita menikmati hidup!

KETAHUILAH

Belajarlah bagaimana Yehuwa dapat melakukan banyak hal yang hebat dan bagaimana Dia menunjukkan sifat-sifat-Nya yang murni.

4. Apa itu kuasa suci Tuhan?

Kita menggunakan tangan untuk melakukan banyak kerja. Bagaimana pula dengan Yehuwa? Dia menggunakan kuasa suci-Nya. a Kuasa suci bukanlah Tuhan atau suatu individu, tetapi ialah tenaga daripada Tuhan. Baca Lukas 11:13 dan Kisah 2:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Jika kita memohon kuasa suci daripada Tuhan, Dia akan ‘mencurahkannya’ ke atas kita. Pada pendapat anda, adakah kuasa suci itu Tuhan atau tenaga-Nya? Mengapa anda berkata demikian?

Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya untuk melakukan banyak hal yang mengagumkan. Baca Mazmur 104:30 dan 2 Petrus 1:20, 21, kemudian bincang soalan berikut:

  • Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya untuk melakukan apa?

5. Yehuwa ada sifat-sifat yang menarik

Musa, seorang penyembah Yehuwa yang setia, ingin mengenali Tuhan dengan lebih baik. Dia berkata, “Ajarlah aku kehendak-Mu, agar aku dapat mengenal-Mu.” (Keluaran 33:13) Maka, Yehuwa memberitahu Musa sesetengah sifat-Nya. Baca Keluaran 34:4-6, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang Yehuwa beritahu Musa tentang diri-Nya?

  • Apakah sifat Yehuwa yang anda paling suka?

6. Yehuwa mengambil berat tentang kita

Semasa umat Tuhan menjadi hamba di Mesir, apakah perasaan-Nya apabila melihat mereka menderita? Mainkan AUDIO dan ikuti pembacaannya, atau baca Keluaran 3:1-10. Kemudian bincang soalan berikut:

  • Melalui kisah ini, apakah yang anda belajar tentang perasaan Yehuwa apabila melihat manusia menderita?​—Lihat ayat 7 dan 8.

  • Adakah anda rasa Yehuwa benar-benar ingin membantu orang yang menderita? Adakah Dia dapat melakukannya? Mengapakah anda berfikir demikian?

7. Ciptaan mengajar kita tentang sifat-sifat Tuhan

Yehuwa mengajar kita tentang sifat-sifat-Nya melalui alam semula jadi. Mainkan VIDEO. Kemudian baca Roma 1:20, dan bincang soalan berikut:

  • Apabila anda melihat ciptaan di sekeliling anda, apakah yang anda belajar tentang sifat Tuhan?

ADA ORANG KATA: “Tuhan tidak peduli tentang saya.”

  • Apakah pandangan anda?

  • Mengapakah anda rasa begitu?

RINGKASAN

Yehuwa ialah makhluk roh yang tidak kelihatan. Dia mempunyai sifat-sifat yang baik. Sifat utama-Nya ialah kasih.

Ulang Kaji

  • Mengapakah kita tidak dapat lihat Yehuwa?

  • Apakah itu kuasa suci Tuhan?

  • Apakah sesetengah sifat Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Ketahui lebih banyak lagi tentang Yehuwa dengan mempelajari empat sifat utama-Nya.

“Apakah Sifat-Sifat Tuhan?” (Menara Pengawal No. 1 2019)

Kajilah bukti yang menunjukkan bahawa Tuhan bukan kuasa yang berada di mana-mana saja.

“Adakah Tuhan Berada di Mana-Mana Sahaja pada Setiap Waktu?” (Rencana di laman web)

Periksalah mengapa Bible menggambarkan kuasa suci Tuhan sebagai tangan-Nya.

“Apakah Itu Kuasa Suci atau Roh Kudus Tuhan?” (Rencana di laman web)

Seorang lelaki buta berasa susah untuk percaya bahawa Tuhan mengambil berat tentangnya. Apakah yang mengubah fikirannya?

“Sekarang Saya Dapat Membantu Orang Lain” (Menara Pengawal, 1 Oktober 2015)

a Sesetengah Bible menggunakan perkataan roh kudus.