PELAJARAN 35

Cara Membuat Keputusan yang Bijak

Cara Membuat Keputusan yang Bijak
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Kita semua perlu buat banyak keputusan dalam hidup. Sesetengah keputusan kita dapat mempengaruhi hidup kita dan hubungan kita dengan Yehuwa. Contohnya, kita mungkin perlu membuat keputusan semasa mencari pekerjaan, tempat tinggal, dan teman hidup. Apabila kita membuat keputusan yang bijak, kita akan menyenangkan hati Yehuwa dan hidup gembira.

1. Bagaimanakah Bible membantu anda membuat keputusan yang bijak?

Sebelum membuat keputusan, anda boleh berdoa untuk bantuan Yehuwa, mengkaji Bible, dan berusaha memahami pandangan-Nya. (Baca Amsal 2:3-6.) Ada kalanya, Bible mempunyai perintah yang jelas tentang situasi yang anda hadapi. Jika begitu, keputusan yang terbaik adalah untuk mengikutinya.

Bagaimana pula jika tiada perintah yang jelas? Yehuwa dapat menggunakan prinsip Bible untuk menunjukkan ‘jalan yang harus ditempuh.’ (Yesaya 48:17) Apakah itu prinsip Bible? Prinsip Bible ialah kebenaran asas yang membantu kita mengetahui perasaan dan fikiran Yehuwa. Selalunya, prinsip sebegini dapat ditemui dalam kisah Bible. Apabila anda berusaha memahami pandangan Yehuwa, anda akan membuat keputusan yang menyenangkan hati-Nya.

2. Apakah yang anda harus fikir sebelum membuat keputusan?

Bible kata, “Orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.” (Amsal 14:15) Jadi, fikirlah masak-masak sebelum membuat suatu keputusan. Tanyalah diri soalan seperti, “Apakah prinsip Bible yang sesuai dengan keadaan saya? Apakah kesan keputusan saya terhadap diri sendiri dan orang lain? Yang paling penting, adakah keputusan saya akan buat Yehuwa gembira?”​—Ulangan 32:29.

Ingatlah, Yehuwa berhak menentukan apa yang baik dan buruk. Apabila kita mengikut perintah Yehuwa, kita sedang melatih hati nurani kita. Hati nurani ialah suara dalam diri kita yang memberitahu kita apa yang betul dan salah. (Roma 2:14, 15) Hati nurani yang terlatih dapat membantu kita membuat keputusan yang bijak.

KETAHUILAH

Belajar lebih banyak tentang bagaimana prinsip Bible dan hati nurani dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak.

3. Guna Bible sebagai pedoman hidup

Bagaimanakah prinsip Bible dapat membimbing kita semasa membuat keputusan? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah itu kebebasan memilih?

  • Mengapakah Yehuwa memberi kita kebebasan untuk memilih?

  • Apakah pemberian Yehuwa yang membantu kita menggunakan kebebasan memilih dengan baik?

Baca Efesus 5:15, 16 untuk lihat satu contoh prinsip Bible. Kemudian bincang bagaimana anda dapat menggunakan ‘masa dengan sebaik-baiknya’ untuk . . .

  • membaca Bible secara tetap.

  • menjadi suami, isteri, ibu, bapa, atau anak yang lebih baik.

  • menghadiri perjumpaan.

4. Latih hati nurani untuk membuat keputusan yang baik

Adalah lebih mudah untuk membuat keputusan jika terdapat perintah Bible yang jelas. Tetapi bagaimana pula jika tiada perintah Bible yang spesifik? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah langkah yang diambil oleh saudari dalam video ini untuk melatih hati nuraninya dan membuat keputusan yang menggembirakan Yehuwa?

Sesetengah keputusan mesti dibuat oleh kita sendiri. Baca Ibrani 5:14, kemudian bincang soalan berikut:

  • Kita mungkin rasa lebih senang apabila orang lain membuat keputusan bagi kita. Namun, jika kita berusaha untuk membuat keputusan sendiri, kita dapat belajar untuk bezakan apa?

  • Apakah bahan-bahan yang dapat melatih hati nurani kita untuk membuat keputusan yang baik?

Hati nurani adalah seperti peta yang membimbing jalan hidup kita

5. Hormati hati nurani orang lain

Pilihan setiap orang mungkin berbeza. Bagaimanakah kita dapat menghormati hati nurani orang lain? Lihatlah dua contoh berikut:

Contoh 1: Seorang saudari baru berpindah ke sidang lain. Banyak saudari di sidang itu rasa terganggu apabila melihat dia suka bersolek.

Baca Roma 15:1 dan 1 Korintus 10:23, 24, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah mungkin keputusan saudari itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Walaupun hati nurani anda membenarkan anda melakukan sesuatu, apakah yang akan anda lakukan jika hati nurani orang lain terganggu?

Contoh 2: Seorang saudara tahu Bible tidak melarang kita minum alkohol, tapi dia memilih untuk tidak minum. Semasa di sebuah parti, dia melihat saudara-saudara lain minum alkohol.

Baca Pengkhutbah 7:16 dan Roma 14:1, 10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah mungkin keputusan saudara itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Apakah reaksi anda jika orang lain melakukan sesuatu yang mengganggu hati nurani anda?

 Langkah untuk membuat keputusan yang bijak

1. Minta Yehuwa membantu anda membuat keputusan yang baik.​—Yakobus 1:5.

2. Kajilah Bible dan bahan bacaan Bible untuk cari prinsip yang sesuai. Anda boleh dapatkan nasihat orang Kristian yang matang.

3. Fikirkan kesan keputusan anda terhadap hati nurani anda dan orang lain.

ADA ORANG KATA: “Kamu boleh buat apa yang kamu suka. Pandangan orang lain tidak penting.”

  • Mengapakah penting untuk fikir tentang perasaan Tuhan dan orang lain?

RINGKASAN

Apabila kita tahu pandangan Tuhan dan fikir tentang kesan perbuatan kita terhadap orang lain, kita akan membuat keputusan yang bijak.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah anda dapat membuat keputusan yang menggembirakan Yehuwa?

  • Bagaimanakah anda dapat melatih hati nurani anda?

  • Bagaimanakah anda dapat menghormati hati nurani orang lain?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat apa yang membantu seorang pemuda semasa dia harus membuat keputusan yang susah.

Yehuwa Menjamin Semua Perkara yang Baik (5:46)