Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 37

Pandangan Bible tentang Kerja dan Wang

Pandangan Bible tentang Kerja dan Wang

Hari ini, banyak orang rasa runsing tentang kerja atau wang. Adakah anda juga begitu? Memang, adalah tidak senang untuk mengutamakan Yehuwa dan pada masa yang sama menjaga keperluan diri dan keluarga. Namun nasihat Bible dapat membantu kita.

1. Apakah pandangan Bible tentang kerja?

Yehuwa selalu bekerja keras dan Dia mahu kita meniru-Nya. Bible kata, ‘Perkara terbaik yang dapat dilakukan oleh manusia ialah menikmati hasil kerja kerasnya.’ (Pengkhutbah 2:24) Apabila kita bekerja keras, kita rasa puas dan menyenangkan hati Yehuwa.

Walaupun kerja sangat penting, ibadat kita adalah lebih penting. (Yohanes 6:27) Jika kita mengutamakan Yehuwa dalam hidup kita, Dia berjanji untuk menjaga keperluan kita.

2. Apakah pandangan Bible tentang wang?

Bible kata, “Duit dapat melindungi seseorang.” Tetapi Bible juga kata duit tidak dapat membawa kebahagiaan sejati. (Pengkhutbah 7:12) Jadi kita mahu mengelakkan sikap cinta akan wang dan belajar untuk ‘berpuas hati dengan apa yang kita miliki.’ (Baca Ibrani 13:5.) Orang yang tidak puas selalu mengejar kekayaan. Akibatnya mereka tidak rasa tenang. Orang yang berpuas hati pula mengelakkan hal-hal seperti berhutang keliling pinggang, perjudian, dan skim cepat kaya. (Amsal 22:7) Hasilnya, mereka dilindungi daripada banyak akibat yang buruk.

3. Bagaimanakah kita dapat menggunakan wang dengan sebaik-baiknya?

Yehuwa, Tuhan kita yang suka memberi, ingin kita “bersikap murah hati, dan bersedia mengongsi apa yang dimiliki.” (1 Timotius 6:18) Kita boleh menggunakan wang kita untuk menyokong sidang dan membantu orang yang susah, terutamanya rakan seiman kita. Bagi Yehuwa, apa yang penting bukanlah jumlah yang kita beri, tetapi niat hati kita. Apabila kita memberi dengan ikhlas, Yehuwa pasti gembira dan kita pun bersukacita.​—Baca Kisah 20:35.

KETAHUILAH

Lihatlah manfaatnya jika kita mempunyai pandangan yang seimbang terhadap kerja dan belajar untuk berpuas hati.

4. Muliakan Yehuwa di tempat kerja

Sebagai sahabat Yehuwa, kita mahu mencerminkan pandangan dan sikap-Nya terhadap kerja. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang anda suka tentang sikap dan kelakuan Jason di tempat kerja?

  • Bagaimanakah Jason menunjukkan bahawa dia mempunyai pandangan yang seimbang terhadap kerja?

Baca Kolose 3:23, 24, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah sikap kita terhadap kerja sangat penting?

Walaupun kerja penting, janganlah biarkannya menjadi lebih penting daripada ibadat kepada Yehuwa

5. Manfaat berpuas hati

Ramai orang suka mengejar kekayaan, tapi Bible memberi kita nasihat yang berbeza. Baca 1 Timotius 6:6-8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah nasihat dalam ayat ini?

Kita dapat hidup bahagia walaupun kita tidak kaya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah keluarga dalam video ini dapat hidup bahagia meskipun mereka tidak mempunyai banyak wang?

Jika kita sudah kaya tetapi masih tidak puas, apakah nasihat Yesus kepada kita? Baca Lukas 12:15-21, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dapat anda belajar daripada perumpamaan Yesus?​—Lihat ayat 15.

Baca dan bandingkan Amsal 10:22 dengan 1 Timotius 6:10. Kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagi anda, adakah lebih penting untuk menjadi sahabat Yehuwa atau untuk menjadi kaya-raya? Mengapa?

  • Apakah masalah yang mungkin dialami jika kita mengejar kekayaan?

6. Yehuwa akan menjaga kita

Masalah kerja dan wang dapat menguji iman kita. Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana kita dapat mengatasi situasi yang menguji iman kita. Kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah cabaran yang dihadapi oleh saudara dalam video ini?

  • Bagaimanakah dia berjaya menangani masalahnya?

Baca Matius 6:25-34, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah janji Yehuwa kepada orang yang mengutamakan-Nya?

ADA ORANG KATA: “Saya perlu kerja untuk menyara keluarga. Jadi saya tidak dapat pergi semua perjumpaan sidang.”

  • Apakah ayat Bible yang meyakinkan anda bahawa pilihan untuk mengutamakan Yehuwa ialah keputusan yang terbaik?

RINGKASAN

Kita perlu bekerja untuk mencari wang tetapi kita tidak patut membiarkannya menjejaskan ibadat kita kepada Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah kita dapat mempunyai pandangan yang seimbang terhadap kerja?

  • Apakah manfaat berpuas hati?

  • Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda yakin Yehuwa akan menjaga keperluan umat-Nya?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar bagaimana untuk memberi dalam cara yang menyenangkan hati Tuhan.

“Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Perbuatan Memberi?” (Rencana di laman web)

Adakah berjudi sekadar hiburan yang menyeronokkan?

“Pandangan Bible—Berjudi” (Sedarlah!, Mac 2015)

Lihat apa yang mendorong seorang penjudi dan perompak untuk mengubah hidupnya.

“Saya Minat Kuda Lumba” (Menara Pengawal, 1 November 2011)