PELAJARAN 59

Anda Dapat Hadapi Penganiayaan dengan Tabah!

Anda Dapat Hadapi Penganiayaan dengan Tabah!
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Sebagai orang Kristian, kita semua pasti akan menghadapi penganiayaan. Adakah hal ini mengejutkan kita?

1. Mengapakah kita tahu kita akan dianiaya?

Bible kata, ‘Semua orang yang mahu mengabdikan diri kepada Tuhan dan hidup bersatu dengan Kristus Yesus akan dianiaya.’ (2 Timotius 3:12) Sewaktu Yesus di bumi, dia dianiaya kerana dia bukan sebahagian daripada dunia. Seperti Yesus, kita juga bukan sebahagian daripada dunia. Maka kita tidak hairan semasa pihak kerajaan atau agama lain menganiaya kita.​—Yohanes 15:18, 19.

2. Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi penganiayaan?

Kita perlu kuatkan keyakinan kita kepada Yehuwa dari sekarang. Bagaimana? Setiap hari, kita perlu berdoa kepada Yehuwa dan membaca Bible. Kita juga perlu menghadiri perjumpaan secara tetap. Semua ini dapat memberi kita keberanian untuk menghadapi penganiayaan. Bahkan semasa ditentang oleh keluarga, kita dapat berdiri teguh. Rasul Paulus yang berjaya menghadapi pelbagai tentangan menulis, “Yehuwa ialah penolongku; aku tidak akan berasa takut.”​—Ibrani 13:6.

Selain itu, kita dapat membina keberanian kita dengan giat melakukan kerja penyebaran. Melalui kerja ini, kita belajar untuk percaya kepada Yehuwa dan mengatasi rasa takut akan manusia. (Amsal 29:25) Jika kita melakukan kerja ini dengan berani sekarang, kita tidak akan berhenti walaupun pihak kerajaan melarang kita.​—1 Tesalonika 2:2.

3. Apakah manfaatnya jika kita tetap tabah?

Tiada orang suka dianiaya. Namun cabaran sebegini sebenarnya dapat membuahkan hasil yang baik. Semasa dianiaya, iman kita akan dikuatkan kerana kita dapat merasai bantuan Yehuwa. Hasilnya, hubungan kita dengan Yehuwa juga akan semakin rapat. (Baca Yakobus 1:2-4.) Selain itu, Bible kata, “Jika kamu tabah menanggung penderitaan kerana melakukan apa yang baik, hal ini menyenangkan hati Tuhan.” (1 Petrus 2:20) Walaupun Yehuwa rasa sedih apabila melihat kita menderita, ketabahan kita membuat Dia sangat bangga. Jika kita setia sampai akhir, Dia berjanji untuk memberkati kita dengan kehidupan kekal.​—Matius 24:13.

KETAHUILAH

Lihat mengapa anda pasti dapat bertabah dan berkat yang diraih jika anda tetap setia kepada Yehuwa.

4. Anda dapat tabah menghadapi tentangan keluarga

Yesus kata bahawa keluarga kita mungkin tidak mahu kita menyembah Yehuwa. Baca Matius 10:34-36, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang mungkin berlaku apabila seseorang ingin menyembah Yehuwa?

Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang akan anda lakukan jika saudara-mara atau kawan mahu anda berhenti menyembah Yehuwa?

Baca Mazmur 27:10 dan Markus 10:29, 30. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah janji dalam ayat ini membantu anda jika anda ditentang oleh keluarga atau kawan?

5. Jangan putus asa walaupun dianiaya

Keberanian diperlukan untuk tetap menyembah Yehuwa semasa ditentang. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah pengalaman dalam video ini menguatkan anda?

Baca Kisah 5:27-29 dan Ibrani 10:24, 25. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita mesti terus menyembah Yehuwa walaupun pihak kerajaan menyekat kerja penyebaran atau perjumpaan kita?

6. Yehuwa akan bantu anda bertabah

Saudara saudari di serata dunia, tidak kira tua atau muda, terus menyembah Yehuwa dengan setia biarpun dianiaya. Apakah yang membantu mereka? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang membantu Saksi-Saksi Yehuwa dalam video ini untuk bertabah?

Baca Roma 8:35, 37-39 dan Filipi 4:13. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Berdasarkan ayat ini, mengapakah anda yakin anda dapat berjaya menghadapi cabaran?

Baca Matius 5:10-12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah anda dapat bersukacita walaupun ditentang?

Jutaan penyembah Yehuwa berjaya menghadapi tentangan. Anda pun pasti dapat melakukannya!

ADA ORANG KATA: “Kalau saya dianiaya, saya pasti tidak dapat tahan.”

  • Apakah ayat yang boleh anda kongsi untuk menguatkan keyakinannya?

RINGKASAN

Yehuwa menghargai usaha kita untuk menyembah-Nya biarpun ditentang. Dengan bantuan-Nya, kita dapat bertabah.

Ulang Kaji

  • Mengapakah kita tahu orang Kristian akan dianiaya?

  • Apakah yang dapat anda lakukan sekarang untuk bersiap sedia bagi penganiayaan?

  • Apakah yang meyakinkan anda bahawa anda dapat tetap setia semasa ditentang?

Matlamat

JOM BELAJAR

Tonton pengalaman seorang saudara yang dipenjarakan kerana tetap neutral. Lihat bagaimana Yehuwa membantu dia bertabah.

Bertabah meskipun Menghadapi Penganiayaan (2:34)