Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ulang Kaji Bahagian 1

Ulang Kaji Bahagian 1

Bincang soalan berikut dengan guru Bible anda:

  1. Apakah janji-janji masa depan dalam Bible yang menyentuh hati anda?

    (Lihat Pelajaran 02.)

  2. Mengapakah anda percaya Bible ialah Firman Tuhan?

    (Lihat Pelajaran 03 dan 05.)

  3. Seberapa pentingkah untuk menggunakan nama Yehuwa?

    (Lihat Pelajaran 04.)

  4. Bible kata Tuhan ialah “sumber segala kehidupan.” (Mazmur 36:9) Adakah anda setuju?

    (Lihat Pelajaran 06.)

  5. Baca Amsal 3:32.

    • Mengapakah Yehuwa Sahabat anda yang terbaik?

    • Yehuwa mahu sahabat-Nya melakukan apa? Adakah permintaan Yehuwa munasabah?

      (Lihat Pelajaran 07 dan 08.)

  6. Baca Mazmur 62:8.

    • Apakah yang pernah anda doakan? Apakah perkara lain yang boleh anda doakan?

    • Bagaimanakah Yehuwa menjawab doa kita?

      (Lihat Pelajaran 09.)

  7. Baca Ibrani 10:24, 25.

    • Apakah manfaat yang dapat anda terima daripada perjumpaan?

    • Adakah usaha anda untuk menghadirinya berbaloi?

      (Lihat Pelajaran 10.)

  8. Mengapakah anda digalakkan untuk membaca Bible secara tetap? Bilakah masa yang anda jadualkan untuk membaca Bible setiap hari?

    (Lihat Pelajaran 11.)

  9. Setakat ini, apakah yang anda paling suka tentang pembelajaran Bible anda?

  10. Apakah cabaran yang anda hadapi sejak mula belajar Bible? Apakah yang membantu anda untuk terus belajar dengan tabah?

    (Lihat Pelajaran 12.)