Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Sudahkah Saya Bersedia?

Sudahkah Saya Bersedia?

Adakah Saya Bersedia Menginjil Bersama Sidang?

Anda mungkin sudah bersedia untuk menjadi penyiar yang belum dibaptis jika anda . . .

  • Belajar Bible, berdoa, dan menghadiri perjumpaan sidang secara tetap.

  • Menghargai dan percaya apa yang anda sedang belajar dan ingin kongsikannya dengan orang lain.

  • Mengasihi Yehuwa dan mahu berkawan dengan orang yang mengasihi-Nya juga.

  • Tidak lagi menyertai pertubuhan politik atau agama palsu dan sudah membatalkan keahlian anda.

  • Hidup mengikut piawaian Yehuwa dan mahu menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa.

Jika anda rasa anda sudah bersedia menginjil bersama sidang, beritahulah guru Bible anda. Dia akan membuat aturan agar anda dapat berjumpa dengan para penatua. Mereka akan membantu anda mengetahui cara anda dapat memenuhi syarat untuk menjadi penyiar.

Adakah Saya Bersedia untuk Dibaptis?

Anda mungkin sudah bersedia untuk dibaptis jika anda . . .

  • Seorang penyiar yang belum dibaptis.

  • Menyertai kerja penyebaran dengan tetap.

  • Menyokong dan mengikut arahan “hamba yang setia dan bijaksana.”​—Matius 24:45-47.

  • Telah membaktikan diri kepada Yehuwa melalui doa dan ingin menyembah-Nya selama-lamanya.

Jika anda rasa anda sudah bersedia untuk dibaptis, beritahulah guru Bible anda. Dia akan membuat aturan agar anda dapat berjumpa dengan para penatua. Mereka akan membantu anda mengetahui cara anda dapat memenuhi syarat untuk dibaptis.