Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan


Cara mendapat manfaat daripada kursus ini

Cara mendapat manfaat daripada kursus ini

Mula-mula, lihat bahagian pengenalan ini. Kemudian mainkan VIDEO.

BAHAGIAN AWAL

Bacalah bahagian awal sebagai persiapan. Terdapat soalan (A) dan ayat-ayat Bible (B) dalam huruf tebal yang mengandungi isi utama. Sesetengah ayat Bible ditandakan “baca.”

BAHAGIAN TENGAH

Bahagian Ketahuilah (C) memperkenalkan apa yang akan dibincangkan. Tajuk kecil (D) menjelaskan apa yang akan dipelajari. Baca ayat Bible, jawab soalan-soalannya, dan tonton video bersama guru Bible anda.

VIDEO dalam kotak mengandungi bahan media yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Sesetengah video merupakan kisah benar. Yang lain merupakan lakonan tentang situasi yang mungkin berlaku.

Lihat gambar dan penerangannya (E) lalu fikirkan cara untuk menjawab bahagian Ada Orang Kata (F).

BAHAGIAN AKHIR

Pelajaran berakhir dengan bahagian Ringkasan dan Ulang Kaji (G). Tuliskan tarikh pelajaran disiapkan. Bahagian Matlamat (H) menunjukkan hal-hal yang boleh anda terapkan. Jom Belajar (I) mengandungi maklumat tambahan untuk dibaca atau ditonton.

Cara untuk mencari ayat Bible

Bible mengandungi 66 buku kecil dan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Kitab Ibrani-Aram (“Perjanjian Lama”) dan Kitab Yunani Kristian (“Perjanjian Baharu”).

Apabila ayat Bible dinyatakan, anda akan lihat nama buku (A), nombor bab (B), dan ayat (C).

Contohnya, Yohanes 17:3 bermaksud buku Yohanes, bab 17, ayat 3.