Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan

Pengenalan

Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian akan membolehkan anda senang untuk mencari ayat-ayat Bible dan kisah Bible yang dapat membantu anda semasa menghadapi cabaran. Anda juga akan dibantu untuk mencari ayat-ayat Bible yang sesuai untuk menggalakkan orang lain dan membantu mereka membuat keputusan yang memuliakan Yehuwa. Pilih topik yang anda minat. Setiap topik mengandungi soalan dan ringkasan kisah Bible yang dapat membantu anda. (Lihat kotak “ Cara untuk Guna Bahan Ini.”) Kemudian, anda akan menemui banyak nasihat, bimbingan, dan kelegaan yang berguna dan sesuai. Anda juga akan menjumpai prinsip-prinsip Bible yang dapat dikongsikan dengan orang lain, yang akan memberi mereka semangat, nasihat, dan kelegaan, serta bantu mereka tangani masalah.

Buku ini tidak menyenaraikan semua ayat Bible bagi setiap topik. Namun, bahan ini direka untuk membantu anda mencari ayat yang paling berguna. Kemudian, anda boleh gunakan alat-alat lain untuk membuat kajian yang lebih dalam, jika perlu. (Ams 2:​1-6) Misalnya, anda boleh gunakan rujukan silang dan nota pembelajaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu, jika tersedia dalam bahasa lain yang anda fahami. Guna Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa atau buku Indeks dalam bahasa Indonesia untuk mengkaji lebih dalam maksud suatu ayat atau cara menerapkannya. Sila lihat bahan rujukan terbaharu untuk memastikan anda mempunyai pemahaman yang terkini.

Semoga Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian akan membantu anda untuk menemui kebijaksanaan, pengetahuan, dan pemahaman yang terkandung dalam Ayat-Ayat Suci. Semasa anda menggunakan bahan ini, anda akan lebih diyakinkan bahawa ‘Firman Tuhan itu hidup dan berkuasa.’—Ibr 4:12.