Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Galakan

Galakan

Mengapakah penting untuk umat Tuhan menggalakkan satu sama lain?

Yes 35:​3, 4; Kol 3:16; 1Te 5:11; Ibr 3:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 32:​2-8—Semasa rakyatnya menghadapi ancaman yang serius, Raja Hizkia menggalakkan mereka

    • Da 10:​2, 8-11, 18, 19—Satu malaikat menggalakkan dan menguatkan Daniel yang sudah tua dan sangat lemah

Mengapakah Yehuwa mahu para penatua menggalakkan orang lain?

Yes 32:​1, 2; 1Pt 5:​1-3

Lihat juga Mt 11:​28-30

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 3:28; 31:​7, 8—Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa, Nabi Musa menggalakkan dan menguatkan penggantinya, iaitu Yosua

    • Kis 11:​22-26; 14:22—Semasa dianiaya, Paulus dan Barnabas menggalakkan orang Kristian di Antiokhia

Mengapakah pujian yang ikhlas sangat penting semasa menggalakkan orang lain?

Ams 31:​28, 29; 1Ko 11:2

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Hak 11:​37-40—Setiap tahun, gadis-gadis Israel melawat anak perempuan Hakim Yefta untuk memujinya kerana menunjukkan sikap rela berkorban

    • Why 2:​1-4—Walaupun Yesus perlu menegur orang Kristian di Efesus, dia juga memuji mereka atas perbuatan baik mereka

Bagaimanakah umat Tuhan yang setia dapat menggalakkan satu sama lain?

Ams 15:23; Ef 4:29; Flp 1:​13, 14; Kol 4:6; 1Te 5:14

Lihat juga 2Ko 7:​13, 15, 16

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 23:​16-18—Semasa Daud menghadapi cabaran, Yonatan mencari Daud dan memberinya galakan

    • Yoh 16:33—Yesus menguatkan para pengikutnya dengan meyakinkan mereka bahawa mereka juga boleh meniru teladannya dan menakluki dunia

    • Kis 28:​14-16—Semasa dalam perjalanan ke Roma untuk perbicaraannya, Paulus mendapat keberanian apabila melihat saudara-saudaranya yang setia datang untuk menggalakkannya

Mengapakah sangat penting untuk mengelakkan sikap suka merungut dan tidak hormat?

Flp 2:​14-16; Yud 16-19

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Bil 11:​10-15—Nabi Musa sangat tawar hati akibat sikap umat Tuhan yang buruk dan tidak taat

    • Bil 13:​31, 32; 14:​2-6—Kata-kata negatif 10 pengintip yang tidak beriman telah membuat umat Tuhan tawar hati dan memberontak

Mengapakah kita mendapat galakan apabila bergaul bersama rakan seiman?

Ams 27:17; Rm 1:​11, 12; Ibr 10:​24, 25; 12:12

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 20:​1-19—Semasa Raja Yehosafat menghadapi ancaman daripada angkatan tentera yang besar, dia mengumpulkan rakyatnya untuk berdoa

    • Kis 12:​1-5, 12-17—Selepas Rasul Yakobus dihukum bunuh dan Rasul Petrus dipenjarakan, sidang di Yerusalem berkumpul bersama untuk berdoa

Bagaimanakah pandangan yang positif dapat menggalakkan kita untuk tetap tabah semasa menghadapi kesusahan?

Kis 5:​40, 41; Rm 8:​35-39; 1Ko 4:​11-13; 2Ko 4:​16-18; 1Pt 1:​6, 7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 39:​19-23; 40:​1-8—Walaupun Yusuf dituduh dan dipenjarakan dengan tidak adil, dia tetap setia dan ingin membantu orang lain

    • 2Ra 6:​15-17—Nabi Elisa tidak gentar semasa menghadapi bahaya, dan dia berdoa agar pembantunya juga mempunyai sikap yang sama

Mendapat galakan daripada Firman Yehuwa

Apakah keyakinan yang Yehuwa berikan kepada kita?

Mengapakah kita digalakkan apabila merenungkan kesabaran dan belas kasihan Yehuwa?

Apakah yang dapat Yehuwa lakukan bagi mereka yang lemah?

Mz 46:1; Yes 12:2; 40:​29-31; Flp 4:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 1:​10, 11, 17, 18—Semasa Hana berasa sangat sedih dan tertekan, dia berdoa kepada Yehuwa dan kemudiannya menerima ketenangan

    • 1Ra 19:​1-19—Semasa Nabi Elia berasa tawar hati, Yehuwa memberinya bantuan praktikal; Yehuwa menggalakkan dan melegakannya dengan memberinya harapan masa depan

Mengapakah janji Bible tentang masa depan memberi kita keberanian?

2Ta 15:7; Mz 27:​13, 14; Ibr 6:​17-19; 12:2

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 14:​1, 2, 7-9, 13-15—Walaupun Ayub berasa sangat tawar hati, dia mendapat kelegaan melalui harapan pembangkitan

    • Da 12:13—Nabi Daniel, yang berumur kira-kira 100 tahun, mendapat galakan daripada satu malaikat yang memberitahunya tentang ganjaran masa depan

Bagaimanakah doa dan perenungan tentang Yehuwa dapat menggalakkan kita?

Mz 18:6; 56:​4, 11; Ibr 13:6

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 30:​1-9—Semasa menghadapi kesusahan, Raja Daud bergantung pada Yehuwa lalu mendapat kekuatan

    • Lu 22:​39-43—Semasa menghadapi cubaan yang amat berat, Yesus berdoa dengan bersungguh-sungguh; Yehuwa menjawab doanya dengan mengutus malaikat untuk menggalakkannya

Mengapakah laporan yang baik dapat menggalakkan kita, dan mengapakah baik untuk mengongsinya dengan orang lain?

Ams 15:30; 25:25; Yes 52:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 15:​2-4—Paulus dan Barnabas telah memberikan banyak galakan kepada sidang yang mereka kunjungi

    • 3Yo 1-4—Rasul Yohanes yang lanjut usia amat digalakkan setelah mengetahui tentang kesetiaan orang yang telah menerima berita baik daripadanya