Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Berkabung

Berkabung

Apakah contoh Bible yang menunjukkan bahawa adalah tidak salah untuk berkabung apabila seseorang meninggal?

Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa ingin melegakan mereka yang berkabung?

Apakah kelegaan yang kita peroleh setelah mengetahui keadaan orang mati?

Pkh 9:​5, 10; 1Te 4:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 20:​37, 38—Yesus menjelaskan bahawa pembangkitan adalah begitu nyata seolah-olah orang yang sudah mati masih hidup dalam pandangan Tuhan

    • Yoh 11:​5, 6, 11-14—Setelah sahabatnya Lazarus meninggal, Yesus membandingkan kematian seperti tidur

    • Ibr 2:​14, 15—Rasul Paulus menjelaskan bahawa kita tidak perlu dibelenggu oleh perasaan takut akan kematian

Mengapakah Bible berkata bahawa hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran?

Bagaimanakah Bible menggambarkan kematian, dan apakah yang akan Tuhan lakukan terhadap kematian?

Mengapakah kita boleh yakin akan pembangkitan pada masa depan?

Yes 26:19; Yoh 5:​28, 29; Kis 24:15

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Dalam Bible, terdapat sembilan kisah orang yang dibangkitkan dan lapan daripada mereka dibangkitkan di bumi. Bagi mereka yang berkabung atas kematian seseorang yang dikasihi, setiap kisah ini dapat memberikan kelegaan dan harapan pada masa depan

      • 1Ra 17:​17-24—Nabi Elia membangkitkan anak seorang balu di Sarafat, sebuah kota di Sidon

      • 2Ra 4:​32-37—Nabi Elisa membangkitkan seorang budak lelaki di kota Sunem dan mengembalikan budak itu kepada ibu bapanya

      • 2Ra 13:​20, 21—Seorang lelaki yang baru meninggal dibangkitkan setelah mayatnya tersentuh tulang Nabi Elisa

      • Lu 7:​11-15—Di kota Nain, Yesus membangkitkan anak lelaki seorang balu semasa orang mengusung mayat anak itu

      • Lu 8:​41, 42, 49-56—Yesus membangkitkan anak perempuan Yairus, seorang ketua rumah ibadat

      • Yoh 11:​38-44—Yesus membangkitkan sahabatnya Lazarus, dan menyatukannya dengan kakaknya, iaitu Marta dan Maria

      • Kis 9:​36-42—Rasul Petrus membangkitkan Dorkas, seorang wanita Kristian yang baik hati dan murah hati

      • Kis 20:​7-12—Rasul Paulus membangkitkan seorang pemuda yang bernama Eutikhus yang jatuh dari tingkap

    • Yesus Kristus dibangkitkan dan diberikan nyawa yang tidak dapat mati; hal ini meyakinkan kita bahawa semua janji Tuhan bagi masa depan akan menjadi kenyataan

    • Yesus ialah individu pertama yang dibangkitkan ke syurga dan menerima nyawa yang tidak dapat mati, namun dia bukanlah yang terakhir; pengikutnya yang terurap yang berjumlah 144,000 juga menerima pembangkitan yang sama

Bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang berkabung atas kematian orang yang tersayang?