Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Hati

Hati

Bagaimanakah kita tahu bahawa apabila Bible menggunakan perkataan “hati,” hal itu biasanya merujuk kepada fikiran, niat, sifat-sifat, dan emosi kita?

Mz 49:3; Ams 16:9; Lu 5:22; Kis 2:26

Lihat juga Ul 15:7; Mz 19:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 9:​46-48—Yesus dapat melihat hati para rasulnya, maka dia membetulkan mereka kerana mereka memiliki keinginan untuk menjadi yang terbesar

Mengapakah penting untuk melindungi hati kita?

1Ta 28:9; Ams 4:23; Yer 17:9

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 6:​5-7—Kejahatan dalam hati manusia mengakibatkan keganasan dan menyebabkan Tuhan mendatangkan Banjir yang melanda seluruh dunia

    • 1Ra 11:​1-10—Raja Salomo gagal melindungi hatinya; dia mengahwini wanita-wanita bangsa asing yang menyebabkan hatinya menjauhi Yehuwa

    • Mr 7:​18-23—Yesus menjelaskan bahawa semua keinginan yang salah datang daripada hati dan dapat membuat kita melakukan perkara yang dibenci Tuhan

Bagaimanakah kita dapat melindungi hati kita?

Mz 19:14; Ams 3:​3-6; Lu 21:34; Flp 4:8

Lihat juga Ez 7:​8-10; Mz 119:11

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ef 6:​14-18; 1Te 5:8—Semasa menjelaskan perlengkapan perang rohani, Paulus menyatakan bahawa kelakuan yang benar, iman, dan kasih dapat melindungi hati sepertimana perisai dada dapat melindungi jantung

Bagaimanakah kita tahu sama ada hati kiasan kita bermasalah atau tidak?

Ams 21:​2-4; Ibr 3:12

Lihat juga Ams 6:​12-14

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 25:​1, 2, 17-27—Untuk seketika, Raja Amazia melakukan apa yang benar di mata Tuhan, tetapi bukan dengan sepenuh hati; belakangan, dia menjadi angkuh dan tidak setia lalu menderita akibatnya

    • Mt 7:​17-20—Yesus menunjukkan bahawa sepertimana pokok yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk, keadaan hati yang buruk juga akan menghasilkan perbuatan yang buruk

Mengapakah kita patut memupuk hati yang baik, dan bagaimana kita dapat melakukannya?

Ams 10:8; 15:28; Lu 6:45

Lihat juga Mz 119:​97, 104; Rm 12:​9-16; 1Ti 1:5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ra 20:​1-6—Raja Hizkia telah mengabdi kepada Yehuwa dengan setia dan sepenuh hati; jadi semasa dia hampir mati, dia merayu agar Yehuwa membantunya

    • Mt 21:​28-32—Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk menunjukkan bahawa keadaan hati seseorang dapat dilihat dengan lebih jelas melalui perbuatannya, dan bukan sekadar daripada kata-katanya

Mengapakah kita rasa lega kerana mengetahui bahawa Yehuwa melihat isi hati kita?

1Ta 28:9; Yer 17:10

Lihat juga 1Sa 2:3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 16:​1-13—Nabi Samuel belajar bahawa Yehuwa tidak dipengaruhi oleh rupa luaran orang; sebaliknya, Dia melihat hati seseorang

    • 2Ta 6:​28-31—Doa Raja Salomo semasa pentahbisan Rumah Tuhan menunjukkan bahawa Yehuwa benar-benar memahami isi hati kita dan berbelas kasihan terhadap kita