Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kerendahan Hati

Kerendahan Hati

Apakah pandangan Yehuwa terhadap orang yang rendah hati dan yang sombong?

Mz 138:6; Ams 15:25; 16:​18, 19; 22:4; 1Pt 5:5

Lihat juga Ams 29:23; Yes 2:​11, 12

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 26:​3-5, 16-21—Raja Uzia menjadi angkuh; dia melanggar Hukum Tuhan dan menjadi marah apabila ditegur; Tuhan menghukumnya dengan penyakit kusta

    • Lu 18:​9-14—Yesus menggunakan perumpamaan untuk menjelaskan perasaan Yehuwa terhadap doa orang yang sombong dan yang rendah hati

Apakah reaksi Yehuwa terhadap pendosa yang bertaubat dengan ikhlas dan rendah hati?

2Ta 7:​13, 14; Mz 51:​2-4, 17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 12:​5-7—Raja Rehabeam dan para pemimpin Yehuda merendahkan diri di hadapan Yehuwa, maka Yehuwa tidak memusnahkan mereka

    • 2Ta 32:​24-26—Raja Hizkia yang baik telah menjadi angkuh, tetapi Yehuwa mengampuninya apabila dia merendahkan diri

Bagaimanakah menunjukkan kerendahan hati dapat mengeratkan hubungan kita dengan orang lain?

Ef 4:​1, 2; Flp 2:3; Kol 3:​12, 13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 33:​3, 4—Esau marah terhadap Yakub, tetapi Yakub menunjukkan kerendahan hati yang besar semasa berjumpa dengan abangnya; hasilnya, mereka dapat berdamai

    • Hak 8:​1-3—Hakim Gideon dengan rendah hati memberitahu orang Efraim bahawa mereka lebih unggul daripadanya; hasilnya, kemarahan mereka reda dan konflik dapat dielakkan

Bagaimanakah Yesus Kristus mengajar tentang pentingnya kerendahan hati?

Mt 18:​1-5; 23:​11, 12; Mr 10:​41-45

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yes 53:7; Flp 2:​7, 8—Seperti yang dinubuatkan, Yesus dengan rendah hati menerima tugasnya di bumi dan bahkan rela mati dalam cara yang menyakitkan dan memalukan

    • Lu 14:​7-11—Untuk mengajar manfaat menunjukkan kerendahan hati, Yesus menceritakan perumpamaan tentang tetamu yang suka memilih tempat duduk yang terbaik semasa jamuan

    • Yoh 13:​3-17—Yesus menetapkan teladan bagi para pengikutnya dengan rela melakukan tugas seorang hamba, iaitu dengan membasuh kaki para rasulnya

Jika kita memiliki pandangan yang wajar tentang diri sendiri dan orang lain, bagaimanakah itu membantu kita menunjukkan kerendahan hati?

Mengapakah berpura-pura menunjukkan kerendahan hati ialah perbuatan yang sia-sia?