Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kesetiaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Tuhan

Apakah itu kesetiaan kepada Tuhan?

Mz 18:​23-25; 26:​1, 2; 101:​2-7; 119:​1-3, 80

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Im 22:​17-22—Yehuwa menghendaki umat-Nya mempersembahkan korban binatang yang “tidak ada kecacatan”; ungkapan “tidak ada kecacatan” berkait erat dengan perkataan Ibrani yang diterjemahkan sebagai “kesetiaan”; hal ini menunjukkan bahawa kesetiaan merangkumi pengabdian yang sepenuhnya kepada Yehuwa

    • Ayb 1:​1, 4, 5, 8; 2:3—Haluan hidup Ayub menunjukkan bahawa untuk memiliki kesetiaan, seseorang harus mempunyai hormat yang mendalam terhadap Yehuwa, menyembah-Nya dengan sepenuh hati, dan menjauhi apa yang jahat di mata-Nya

Mengapakah kita perlu setia kepada Tuhan?

Apakah yang mendorong kita untuk terus setia?

Bagaimanakah kita dapat membina dan mengekalkan kesetiaan kita?

Yos 24:​14, 15; Mz 101:​2-4

Lihat juga Ul 5:29; Yes 48:​17, 18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 31:​1-11, 16-33—Ayub menunjukkan kesetiaannya dalam kehidupan seharian dengan menjauhi perbuatan tidak bermoral dan melayan orang lain dengan baik hati dan hormat. Dia memastikan ibadatnya kepada Yehuwa tetap murni dan tidak dicemari penyembahan berhala, serta menjauhi sikap cinta akan wang

    • Da 1:​6-21—Walaupun dikelilingi orang yang tidak menyembah Yehuwa, Daniel dan tiga rakannya tetap setia bahkan dalam hal memilih makanan

Jika seseorang berulang kali melakukan kesilapan, dapatkah dia menjadi orang yang setia?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 9:​2-5; Mz 78:​70-72—Oleh sebab Raja Daud bertaubat, Yehuwa memaafkannya dan menganggapnya orang yang setia

    • Yes 1:​11-18—Walaupun Yehuwa berkata bahawa umat-Nya penuh dengan dosa dan munafik, Dia berjanji bahawa Dia akan mengampuni mereka jika mereka bertaubat dan mengubah hidup mereka