Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cinta akan Kebendaan

Cinta akan Kebendaan

Adakah Bible mengutuk wang dan harta benda atau orang yang memilikinya?

Pkh 7:12

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 3:​11-14—Yehuwa memberkati Raja Salomo dengan kekayaan yang berlimpah kerana dia rendah hati

    • Ayb 1:​1-3, 8-10—Walaupun Ayub sangat kaya, hubungannya dengan Yehuwa ialah hal yang paling penting baginya

Mengapakah mengumpulkan kekayaan dan harta benda tidak membawa kepuasan dan ketenangan minda?

Bilakah kekayaan menjadi sesuatu yang sia-sia?

Apakah bahaya terbesar yang timbul akibat wang dan harta benda?

Bagaimanakah kita mungkin boleh ditipu oleh kekayaan?

Ams 11:​4, 18, 28; 18:11; Mt 13:22

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 8:​18-24—Simon bertindak dengan bodoh dan cuba membeli kedudukan dalam sidang Kristian

Cinta akan wang dapat menyebabkan kita kehilangan apa?

Mt 6:​19-21; Lu 17:​31, 32

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mr 10:​17-23—Oleh sebab seorang lelaki muda yang kaya sangat mencintai wang dan harta bendanya, dia memilih untuk tidak mengikut Yesus

    • 1Ti 6:​17-19—Paulus memberikan amaran kepada orang Kristian yang kaya agar tidak bersikap angkuh kerana itu akan membuat mereka hilang perkenan Tuhan

Bagaimanakah cinta akan kebendaan dapat melemahkan iman kita dan membuat kita hilang perkenan Tuhan?

Ul 8:​10-14; Ams 28:20; 1Yo 2:​15-17

Lihat juga Mz 52:​6, 7; Amo 3:​12, 15; 6:​4-8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 31:​24, 25, 28—Ayub tahu bahawa dia tidak patut bergantung pada kekayaan, kerana perbuatan itu menunjukkan bahawa dia tidak bergantung pada Tuhan

    • Lu 12:​15-21—Untuk memberikan amaran mengenai cinta akan wang dan harta benda, Yesus menceritakan seorang lelaki yang mempunyai banyak kekayaan, tetapi tidak kaya di mata Tuhan

Bagaimanakah kita dapat berasa puas terhadap apa yang kita miliki?

Apakah harta yang lebih bernilai daripada harta benda, dan mengapa?

Ams 3:​11, 13-18; 10:22; Mt 6:​19-21

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Hag 1:​3-11—Yehuwa menggunakan Hagai untuk memberitahu umat-Nya bahawa mereka hilang berkat-Nya kerana mereka hanya bekerja keras untuk membina rumah sendiri dan hidup selesa, tetapi mereka tidak menyokong ibadat sejati

    • Why 3:​14-19—Yesus menegur sidang Laodikia kerana lebih mengutamakan kekayaan berbanding khidmat kepada Tuhan

Mengapakah kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan menyediakan apa yang kita perlukan untuk hidup?