Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Belas Kasihan

Belas Kasihan

Belas kasihan merangkumi apa?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 51:​1, 2—Semasa Daud merayu agar Yehuwa menunjukkan belas kasihan terhadapnya, dia sebenarnya memohon pengampunan dan agar Yehuwa membersihkan dosanya

    • Lu 10:​29-37—Yesus mengajar tentang belas kasihan melalui kisah seorang lelaki Samaria yang menunjukkan kebaikan dan keprihatinan kepada seorang lelaki Yahudi

Mengapakah semua manusia memerlukan belas kasihan?

Bagaimanakah Yehuwa menetapkan teladan dalam menunjukkan belas kasihan?

Kel 34:6; Ne 9:17; Mz 103:8; 2Ko 1:3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 42:​1, 2, 6-10; Yak 5:11—Yehuwa menunjukkan belas kasihan terhadap Ayub dan mengajarnya untuk menunjukkan sifat itu

    • Lu 15:​11-32—Yesus menggambarkan belas kasihan Yehuwa melalui kisah tentang bagaimana seorang bapa melayan anaknya yang telah memberontak lalu bertaubat

Mengapakah Yehuwa menunjukkan belas kasihan terhadap kita?

Bagaimanakah korban Kristus membantu kita menerima pengampunan dosa?

Mengapakah kita patut memohon belas kasihan dan tidak mensia-siakan kurniaan ini?

Lu 11:​2-4; Ibr 4:16

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 51:​1-4—Daud berasa sangat bersalah atas dosanya dan dia dengan rendah hati memohon agar Yehuwa memaafkannya

    • Lu 18:​9-14—Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk membantu kita faham bahawa Yehuwa menunjukkan belas kasihan terhadap orang yang rendah hati dan yang sudi mengakui kesilapan mereka

Mengapakah orang yang telah melakukan dosa serius juga dapat menerima belas kasihan?

Ul 4:​29-31; Yes 55:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 33:​9-13, 15—Manasye ialah seorang raja yang sangat jahat, tetapi dia bertaubat dan memohon belas kasihan Tuhan; dia menjadi raja semula dan membuktikan bahawa dia telah berubah melalui perbuatan

    • Yun 3:​4-10—Orang Niniwe sangat ganas dan membunuh banyak orang, namun mereka bertaubat dan Tuhan mengampuni mereka

Mengapakah penting untuk mengakui dosa kita di hadapan Yehuwa dan mengubah cara hidup kita untuk menerima belas kasihan-Nya?

Belas kasihan Yehuwa tidak melindungi kita daripada semua hukuman dan daripada akibat dosa-dosa kita

Mengapakah kita patut berbelas kasihan kepada orang lain?

Jika kita gagal menunjukkan belas kasihan, apakah mungkin kesannya terhadap hubungan kita dengan Yehuwa?

Mt 9:13; 23:23; Yak 2:13

Lihat juga Ams 21:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 18:​23-35—Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk menunjukkan bahawa orang yang tidak berbelas kasihan juga tidak akan menerima belas kasihan Yehuwa

    • Lu 10:​29-37—Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk menunjukkan bahawa dia dan Yehuwa tidak senang hati terhadap orang yang tidak berbelas kasihan, tetapi mereka berkenan kepada orang yang berbelas kasihan seperti lelaki Samaria itu

Bagaimanakah Yehuwa melayan orang yang berbelas kasihan?