Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ibu

Ibu

Apakah tanggungjawab seorang ibu?

Ams 31:​17, 21, 26, 27; Tit 2:4

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 21:​8-12—Apabila Sara melihat bahawa Ismael memperlakukan anaknya Ishak yang masih kecil dengan teruk, dia merayu kepada Abraham untuk melindungi anaknya

    • 1Ra 1:​11-21—Apabila Bat-syeba mendapati bahawa nyawa dan kedudukan anaknya Salomo yang bakal menjadi raja dalam bahaya, dia merayu kepada Daud untuk campur tangan dalam hal itu

Mengapakah kita harus mematuhi dan menghormati ibu kita?

Kel 20:12; Ul 5:16; 27:16; Ams 1:8; 6:​20-22; 23:22

Lihat juga 1Ti 5:​9, 10

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Pt 3:​5, 6—Petrus menjelaskan bahawa Sara telah menjadi seperti seorang ibu kepada banyak wanita kerana imannya yang teguh

    • Ams 31:​1, 15, 21, 28—Ibu Raja Lemuel memberinya nasihat yang baik mengenai perkahwinan dan peranan penting seorang isteri dan ibu

    • 2Ti 1:5; 3:15—Paulus memuji ibu Timotius, iaitu Euniki, kerana dia telah mengajar anaknya tentang Ayat-Ayat Suci sejak bayi lagi walaupun suaminya tidak seiman