Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Usia Tua; Orang Lanjut Usia

Usia Tua; Orang Lanjut Usia

Apakah yang berlaku seraya kita semakin tua?

Mz 71:9; 90:10

Lihat juga “Kelegaan—Keterbatasan disebabkan penyakit atau usia tua

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Pkh 12:​1-8—Melalui kata-kata puisi, Salomo menggambarkan sesetengah keterbatasan yang dialami oleh orang tua, seperti penglihatan yang kabur (“perempuan yang melihat ke luar jendela hanya nampak kegelapan”) dan hilang pendengaran (“nyanyian para wanita menjadi lemah”)

Dapatkah orang tua kekalkan sukacita mereka walaupun mengalami cabaran dan keterbatasan disebabkan usia tua?

2Ko 4:​16-18; Yak 1:​2-4

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 12:​2, 23—Samuel yang tua tahu betapa pentingnya untuk terus berdoa demi umat Yehuwa

    • 2Sa 19:​31-39—Daud menghargai sokongan Barzilai yang lanjut usia, dan Barzilai dengan rendah hati sedar akan keterbatasannya apabila diminta untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya

    • Mz 71:​9, 18—Daud takut dia tidak lagi berguna bagi Yehuwa kerana usia tua; jadi dia meminta Yehuwa untuk terus berinya kekuatan agar dapat mengajar generasi akan datang tentang-Nya

    • Lu 2:​36-38—Nabi Hana, seorang balu yang tua, diberkati kerana khidmatnya yang setia

Bagaimanakah Yehuwa meyakinkan orang yang lanjut usia bahawa Dia menghargai mereka?

Mz 92:​12-14; Ams 16:31; 20:29; Yes 46:4; Tit 2:​2-5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 12:​1-4—Semasa berumur 75 tahun, Abraham menerima tugasan daripada Yehuwa yang akan mengubah hidupnya

    • Da 10:​11, 19; 12:13—Satu malaikat melawat Daniel, yang berumur 90-an, untuk meyakinkannya bahawa dia sangat dihargai oleh Yehuwa dan bahawa kesetiaannya akan diberkati

    • Lu 1:​5-13—Yehuwa memberkati Zakharia dan Elisabet yang tua dengan memberi mereka seorang anak, iaitu Yohanes

    • Lu 2:​25-35—Yehuwa memberi Simeon yang tua penghormatan untuk melihat bayi yang akan menjadi Mesias; Simeon bernubuat tentang bayi itu

    • Kis 7:​23, 30-36—Nabi Musa berumur 80 tahun apabila Yehuwa melantiknya sebagai pemimpin umat-Nya, Israel

Bagaimanakah kita patut melayan saudara saudari lanjut usia yang setia?

Im 19:32; 1Ti 5:1

Apakah beberapa cara praktikal orang Kristian dapat membantu orang yang lanjut usia dalam sidang?