Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Penyelia

Penyelia

Apakah kelayakan yang harus dipenuhi oleh para penyelia Kristian?

Apakah cara lain para penatua dapat menetapkan teladan yang baik?

Apakah syarat kelayakan yang harus dipenuhi oleh para pembantu sidang?

Bagaimanakah kuasa suci Tuhan terlibat semasa para saudara dilantik sebagai penyelia?

Kis 20:28

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 13:​2-5; 14:23—Paulus dan Barnabas, yang merupakan penyelia litar, melantik lelaki yang bertanggungjawab di banyak sidang; penyelia litar hari ini juga melakukan hal yang sama. Mereka berdoa memohon kuasa suci Tuhan dan mempertimbangkan dengan teliti Ayat-Ayat Suci yang menyatakan kelayakan bagi para penyelia

    • Tit 1:​1, 5—Titus diberi tanggungjawab untuk melawat ke banyak sidang dan melantik para penatua

Sidang merupakan milik siapa, dan apakah harga yang dibayar untuk membelinya?

Mengapakah para penyelia digambarkan sebagai orang yang berkhidmat atau melayani orang lain?

Mengapakah para penyelia harus sentiasa rendah hati?

Flp 1:1; 2:​5-8; 1Te 2:​6-8; 1Pt 5:​1-3, 5, 6

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 20:​17, 31-38—Paulus ingatkan para penatua dari Efesus tentang apa yang dia telah lakukan demi mereka, dan mereka menunjukkan penghargaan atas kasih dan keprihatinannya

Apakah pandangan penyelia Kristian terhadap arahan yang datang daripada “hamba yang setia dan bijaksana”?

Apakah cara terbaik para penatua dapat mengajar orang lain?

1Ti 4:12; 1Pt 5:​2, 3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ne 5:​14-16—Oleh sebab perasaan kagum dan hormat yang mendalam terhadap Yehuwa, Gabenor Nehemia tidak menyalahgunakan kuasanya terhadap umat Tuhan, dia bahkan tidak mengambil apa yang diperuntukkan kepadanya

    • Yoh 13:​12-15—Yesus mengajar para pengikutnya dengan menetapkan teladan dalam menunjukkan kerendahan hati

Bagaimanakah gembala Kristian dapat menunjukkan kasih kepada setiap individu dalam sidang?

Bagaimanakah para penatua dapat membantu mereka yang sakit secara rohani?

Apakah tanggungjawab para penatua semasa mengajar?

Mengapakah para penatua harus memastikan sidang tetap bersih secara moral?

Para penatua berusaha untuk melatih siapa?

2Ti 2:​1, 2

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 10:​5-20—Yesus melatih 12 rasulnya sebelum mengutus mereka untuk melakukan kerja penyebaran

    • Lu 10:​1-11—Yesus memberi 70 orang pengikutnya arahan yang spesifik sebelum mengutus mereka untuk menginjil

Oleh sebab para penatua memikul banyak tanggungjawab, apakah yang dapat membantu mereka?

1Pt 5:​1, 7

Lihat juga Ams 3:​5, 6

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 3:​9-12—Salomo berdoa memohon pengertian dan pemahaman daripada Yehuwa agar dapat menghakimi umat-Nya

    • 2Ta 19:​4-7—Raja Yehosafat melantik para hakim di kota-kota di Yehuda, dan mengingatkan mereka bahawa Yehuwa akan menyertai mereka seraya mereka melaksanakan tanggungjawab yang penting ini

Apakah sepatutnya pandangan saudara saudari terhadap para penyelia yang setia?

1Te 5:​12, 13; 1Ti 5:17; Ibr 13:​7, 17

Lihat juga Ef 4:​8, 11, 12

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 20:37—Para penatua dari Efesus tidak teragak-agak untuk menunjukkan kasih terhadap Paulus

    • Kis 28:​14-16—Semasa Paulus dalam perjalanan ke Roma, para saudara dari kota itu mengadakan perjalanan kira-kira 65 kilometer ke Pasar Apius untuk berjumpa dengannya; mereka memberinya galakan yang besar