Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ibu Bapa

Ibu Bapa

Apakah beberapa sebab Yehuwa mengasaskan perkahwinan?

Bagaimanakah ibu bapa patut memandang anak-anak mereka?

Mz 127:​3-5; 128:3

Lihat juga “Anak-Anak; Kaum Muda

Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka?

Ul 6:​6, 7; 11:​18, 19; Ams 22:6; 2Ko 12:14; 1Ti 5:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 1:​1-4—Elkana membawa keluarganya untuk menyambut perayaan di Silo, dan memastikan semua anaknya dapat mengambil bahagian

    • Lu 2:​39, 41—Yusuf dan Maria secara tetap mengadakan perjalanan bersama anak-anak mereka dari Nasaret ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paska

Apakah manfaatnya melatih anak mengikut cara Yehuwa?

Ams 1:​8, 9; 22:6

Lihat juga 2Ti 3:​14, 15

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 2:​18-21, 26; 3:19—Ibu bapa Samuel menghantarnya untuk berkhidmat di khemah suci, namun mereka sering melawat Samuel dan membantu menjaga keperluannya; dia membesar menjadi seorang lelaki yang mengasihi Yehuwa dan setia

    • Lu 2:​51, 52—Yesus tetap mentaati ibu bapanya walaupun mereka tidak sempurna

Dari manakah ibu bapa boleh mendapatkan bimbingan untuk melatih anak mereka?

Ul 6:​4-9; Ef 6:4; 2Ti 3:​14-17

Lihat juga Mz 127:1; Ams 16:3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Hak 13:​2-8—Selepas diberitahu bahawa isterinya akan mengandung secara mukjizat, Manoah meminta lebih banyak bimbingan tentang cara membesarkan anak itu

    • Mz 78:​3-8—Yehuwa mahu ibu bapa mengongsi pengetahuan Bible yang mereka miliki kepada anak

Walaupun seorang anak membesar dalam keluarga yang mengasihi Tuhan, mengapakah dia mungkin akan memilih untuk meninggalkan Yehuwa?

Yeh 18:​1-13, 20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 6:​1-5; Yud 6—Walaupun para malaikat bersama Yehuwa di syurga selama bertahun-tahun, sesetengah antara mereka memilih untuk memberontak

    • 1Sa 8:​1-3—Walaupun Samuel seorang nabi yang setia dan berbuat benar, anak-anaknya bersikap tidak jujur dan menerima rasuah

Sejak bilakah ibu bapa patut mula mengajar anak mereka tentang kehendak Tuhan?

2Ti 3:15

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 29:​10-12, 29; 31:12; Ez 10:1—Semasa orang Israel berkumpul untuk belajar tentang Yehuwa, anak-anak juga dibawa supaya mereka dapat belajar

    • Lu 2:​41-52—Setiap tahun, Yusuf dan Maria membawa anak-anak mereka, termasuk Yesus, untuk menyambut Perayaan Paska di Rumah Tuhan di Yerusalem

Teladan siapakah yang dapat ditiru oleh ibu bapa untuk melindungi anak daripada orang yang ingin mencederakan mereka?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kel 19:4; Ul 32:​11, 12—Yehuwa membandingkan diri-Nya seperti seekor burung helang yang membawa, melindungi, dan menjaga anak-anaknya

    • Yes 49:15—Yehuwa berjanji untuk melindungi hamba-hamba-Nya dan menunjukkan kasih yang jauh lebih besar daripada seorang ibu yang menyusui anaknya

    • Mt 2:​1-16—Syaitan cuba membunuh Yesus yang masih bayi dengan membimbing beberapa orang ahli nujum kepada Raja Herodes yang jahat; tetapi Yehuwa melindungi anak-Nya dengan menyuruh Yusuf untuk membawa keluarganya ke Mesir

    • Mt 23:37—Yesus menggambarkan keinginannya untuk membantu umatnya dengan seekor ayam betina yang mengumpulkan dan melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya

Mengapakah ibu bapa patut mengajar anak mereka tentang seks?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Im 15:​2, 3, 16, 18, 19; Ul 31:​10-13—Hukum Musa dengan jelas menyatakan pandangan Yehuwa tentang seks, dan Dia menyuruh agar anak-anak mendengar semasa Hukum itu dibaca dengan kuat

    • Mz 139:​13-16—Daud sangat bersyukur atas cara Yehuwa menciptakan tubuh manusia, termasuk kebolehan untuk mempunyai anak

    • Ams 2:​10-15—Pengetahuan dan kebijaksanaan daripada Yehuwa dapat melindungi kita daripada orang yang jahat dan licik

Mengapakah disiplin patut diberikan dalam cara yang pengasih?

Ams 13:24; 29:17; Yer 30:11; Ef 6:4

Lihat juga Mz 25:8; 145:9; Kol 3:21

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 32:​1-5—Yehuwa menghukum Daud kerana dosanya, tetapi Daud berasa lega kerana mengetahui bahawa Yehuwa mengampuni orang yang bertaubat dengan ikhlas

    • Yun 4:​1-11—Walaupun Yunus bercakap dalam nada yang marah dan tidak hormat kepada Yehuwa, Yehuwa dengan sabar mengajarnya tentang belas kasihan

Mengapakah boleh dikatakan bahawa disiplin daripada ibu bapa merupakan ungkapan kasih?