Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Doa

Doa

Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa mendengar dan menjawab doa?

Mz 65:2; 145:18; 1Yo 5:14

Lihat juga Mz 66:19; Kis 10:31; Ibr 5:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 18:​36-38—Semasa di Gunung Karmel, Yehuwa segera menjawab doa Elia apabila dia berhadapan dengan nabi-nabi Baal

    • Mt 7:​7-11—Yesus menggalakkan kita untuk tekun berdoa dan meyakinkan kita bahawa Yehuwa, Bapa yang pengasih, mendengar kita

Orang Kristian hanya berdoa kepada siapa?

Kita berdoa atas nama siapa?

Yehuwa mendengar doa siapa?

Yehuwa enggan mendengar doa siapa?

Ams 15:29; 28:9; Yes 1:15; Mi 3:4; Yak 4:3; 1Pt 3:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yos 24:​9, 10—Yehuwa enggan mendengar doa Bileam kerana dia meminta sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Tuhan

    • Yes 1:​15-17—Yehuwa enggan mendengar doa-doa umat-Nya kerana mereka bermuka dua dan terlibat dalam penumpahan darah

Apakah cara yang betul untuk mengakhiri doa, dan mengapa?

Adakah Bible berkata bahawa kita mesti berada dalam posisi tertentu semasa berdoa?

Apakah sesetengah perkara yang boleh didoakan oleh hamba Yehuwa semasa beribadat bersama?

Kis 4:​23, 24; 12:5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ta 29:​10-19—Raja Daud berdoa di hadapan orang Israel semasa mereka memberikan sumbangan untuk membina Rumah Tuhan

    • Kis 1:​12-14—Para rasul, adik-beradik Yesus, Maria ibu Yesus, dan beberapa wanita yang setia yang berada di Yerusalem berkumpul bersama di bilik di tingkat atas untuk berdoa

Mengapakah orang yang berdoa tidak patut meninggikan diri atau cuba membuat orang berasa kagum?

Mengapakah kita patut berdoa sebelum makan?

Mengapakah kita harus terus berdoa kepada Yehuwa?

Rm 12:12; Ef 6:18; 1Te 5:17; 1Pt 4:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Da 6:​6-10—Biarpun nyawa Daniel terancam, dia meneruskan kebiasaannya untuk berdoa kepada Yehuwa secara terbuka

    • Lu 18:​1-8—Yesus menceritakan kisah seorang hakim yang tidak melakukan apa yang benar; dia akhirnya membantu seorang wanita yang tekun meminta keadilan; kisah ini menggambarkan bahawa Yehuwa akan mendengar apabila kita terus berdoa memohon bantuan

Apakah sepatutnya sikap kita jika kita ingin Tuhan mendengar doa kita untuk memohon pengampunan?

2Ta 7:​13, 14

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ra 22:​11-13, 18-20—Oleh sebab Raja Yosia merendahkan dirinya dan berusaha menyenangkan hati Yehuwa, Yehuwa menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepadanya

    • 2Ta 33:​10-13—Raja Manasye berdoa dengan rendah hati, maka Yehuwa mengampuninya dan memulihkan kedudukannya sebagai raja

Apakah yang dikehendaki Yehuwa jika kita ingin diampuni?

Mengapakah kita patut mengungkapkan dalam doa bahawa kita ingin kehendak Yehuwa dilaksanakan?

Mengapakah doa kita harus mencerminkan iman kita kepada Bapa yang di syurga?

Apakah hal-hal yang boleh didoakan?

Penyucian nama Tuhan

Kerajaan Tuhan memerintah di seluruh bumi

Pelaksanaan kehendak Yehuwa

Memohon keperluan kita

Memohon pengampunan dosa

Perlindungan daripada godaan

Kesyukuran

Memohon pengetahuan tentang kehendak Tuhan, pengertian, dan kebijaksanaan

Ams 2:​3-6; Flp 1:9; Yak 1:5

Lihat juga Mz 119:34

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 3:​11, 12—Raja Salomo meminta kebijaksanaan, dan Yehuwa menjadikannya seorang yang sangat bijaksana

Memohon kuasa suci Tuhan

Berdoa bagi rakan seiman, termasuk yang sedang menghadapi penganiayaan

Mengungkapkan pujian

Mz 86:12; Yes 25:1; Da 2:23

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 10:21—Yesus memuji Yehuwa di hadapan umum kerana menyingkapkan kebenaran kepada orang yang rendah hati

    • Why 4:​9-11—Para malaikat memberi Yehuwa hormat dan kemuliaan yang layak diterima-Nya

Memohon agar pihak berkuasa membenarkan kita menyembah Yehuwa dengan damai dan menginjil kepada orang

Adakah sesuai untuk berdoa semasa kita dibaptis?

Adakah sesuai untuk berdoa bagi mereka yang sakit secara rohani?

Mengapakah lelaki biasanya tidak menudung kepala semasa berdoa, dan mengapakah ada kalanya wanita memakai tudung semasa berdoa?

Apakah yang lebih penting berbanding berapa panjang atau berapa dalam perasaan kita semasa berdoa?

Rat 3:41; Mt 6:7

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 18:​25-29, 36-39—Untuk menjawab cabaran Elia, nabi-nabi Baal asyik berdoa kepada tuhan mereka tetapi tiada yang menjawab seruan mereka

    • Kis 19:​32-41—Penyembah berhala di Efesus berteriak selama dua jam kepada Dewi Artemis, tetapi doa mereka bukan sahaja tidak dijawab malah mereka hanya ditegur oleh pentadbir kota