Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Menyebarkan Berita Baik

Menyebarkan Berita Baik

Mengapakah semua orang Kristian sejati memberitahu orang tentang kepercayaan mereka?

Apakah teladan yang ditetapkan Yesus dalam kerja menginjil?

Lu 8:1; Yoh 18:37

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 4:​42-44—Yesus berkata bahawa dia diutus ke bumi untuk menginjil

    • Yoh 4:​31-34—Yesus menjelaskan bahawa kerja menyebarkan berita baik adalah seperti makanan baginya

Adakah hanya saudara yang terlantik dalam sidang memiliki tanggungjawab untuk menginjil?

Mz 68:11; 148:​12, 13; Kis 2:​17, 18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ra 5:​1-4, 13, 14, 17—Seorang budak perempuan memberitahu isteri Naaman tentang nabi Yehuwa, iaitu Elisa

    • Mt 21:​15, 16—Yesus menegur para ketua imam dan jurutulis hukum yang memarahi kanak-kanak yang memujinya

Bagaimanakah penyelia Kristian dapat mengajar saudara saudari untuk menyebarkan berita baik?

Bagaimanakah Yehuwa dan Yesus membantu kita melakukan kerja menginjil?

2Ko 4:7; Flp 4:13; 2Ti 4:17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 16:​12, 22-24; 1Te 2:​1, 2—Meskipun Paulus dan rakan-rakannya dilayan dengan buruk, mereka dapat terus menginjil dengan berani kerana bantuan Tuhan

    • 2Ko 12:​7-9—Meskipun Paulus mengalami “duri dalam daging,” yang kemungkinannya masalah kesihatan, dia merupakan penginjil yang bersemangat kerana Yehuwa memberinya kekuatan untuk terus melakukan kerja ini

Siapakah yang memberikan kelayakan kepada orang Kristian untuk menginjil?

1Ko 1:​26-28; 2Ko 3:5; 4:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yoh 7:15—Orang sangat kagum tentang betapa dalamnya pengetahuan Yesus meskipun dia tidak menghadiri sekolah agama

    • Kis 4:13—Para rasul Yesus dianggap sebagai orang biasa dan tidak berpendidikan; namun, mereka merupakan penginjil yang bersemangat dan berani

Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa ingin kita melatih orang lain untuk menginjil dan mengajar?

Mr 1:17; Lu 8:1; Ef 4:​11, 12

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yes 50:​4, 5—Sebelum datang ke bumi, Mesias menerima latihan secara peribadi daripada Tuhan Yehuwa

    • Mt 10:​5-7—Semasa di bumi, Yesus dengan sabar melatih para pengikutnya untuk melakukan kerja menginjil

Apakah sepatutnya pandangan kita terhadap tugas untuk menyebarkan berita baik?

Apakah perasaan kita semasa mengongsi berita baik?

Apakah mesej yang kita sebarkan semasa kerja menginjil?

Mengapakah orang Kristian mendedahkan ajaran yang salah?

2Ko 10:​4, 5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mr 12:​18-27—Yesus menggunakan Ayat-Ayat Suci untuk membuktikan bahawa orang Saduki mempunyai pandangan yang salah tentang pembangkitan

    • Kis 17:​16, 17, 29, 30—Paulus berbincang dengan orang Atena untuk menunjukkan bahawa penyembahan berhala adalah salah

Bagaimanakah kerja menginjil dilakukan?

Mengapakah kita memberikan kesaksian di tempat awam?

Semasa menginjil, mengapakah kita memerlukan kesabaran dan ketabahan?

Kerja menginjil membuahkan hasil baik apa?

Mengapakah orang Kristian harus sentiasa bersedia memberikan kesaksian?

1Ko 9:23; 1Ti 2:4; 1Pt 3:15

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yoh 4:​6, 7, 13, 14—Meskipun penat, Yesus mengongsi berita baik kepada seorang wanita Samaria di tepi perigi

    • Flp 1:​12-14—Walaupun dipenjarakan demi imannya, Paulus menggunakan setiap peluang yang ada untuk menginjil dan menggalakkan orang lain

Patutkah kita mengharapkan bahawa semua orang akan mendengar mesej kita?

Yoh 10:​25, 26; 15:​18-20; Kis 28:​23-28

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yer 7:​23-26—Melalui Yeremia, Yehuwa menjelaskan bagaimana umat-Nya berkali-kali enggan mendengar para nabi-Nya

    • Mt 13:​10-16—Yesus menjelaskan bahawa seperti pada zaman Yesaya, banyak orang akan mendengar tetapi menolak berita baik

Mengapakah kita tidak hairan bahawa banyak orang terlalu sibuk untuk mendengar mesej kita?

Apakah yang menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mendengar dan menerima mesej kita pada mulanya, tetapi kemudiannya berhenti berbuat demikian?

Apakah contoh-contoh yang membantu kita untuk tidak berasa terkejut semasa ada yang menentang kerja menginjil kita?

Apakah reaksi kita semasa orang menghalang kita untuk menginjil?

Mengapakah kita dapat yakin bahawa sesetengah orang akan menerima berita baik?

Apakah tanggungjawab serius yang dipikul oleh penginjil berita baik?

Mengapakah kita patut menginjil kepada orang daripada semua agama, kaum, atau kewarganegaraan?

Adakah salah untuk menginjil pada bila-bila masa setiap minggu, termasuk pada hari Sabat?

Apakah yang menunjukkan bahawa kita patut menginjil kepada semua orang, bahkan jika mereka sudah memiliki Bible dan agama?