Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Bujang

Bujang

Mengapakah hidup membujang boleh dikatakan suatu kurniaan?

Mengapakah kita tidak patut memberikan tekanan kepada orang Kristian bujang untuk berkahwin?

1Ko 7:​28, 32-35; 1Te 4:11

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Rm 14:​10-12—Paulus menjelaskan sebabnya kita tidak patut menghakimi rakan Kristian

    • 1Ko 9:​3-5—Paulus mempunyai hak untuk berkahwin; namun oleh sebab dia hidup bujang, dia dapat buat lebih banyak untuk Yehuwa

Patutkah orang bujang berasa bahawa mereka harus berkahwin untuk mempunyai kehidupan yang gembira?

1Ko 7:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Hak 11:​30-40—Anak perempuan Yefta terus hidup bujang dan menikmati kehidupan yang bermakna

    • Kis 20:35—Yesus tidak pernah berkahwin, tetapi kata-katanya menunjukkan bahawa dia gembira kerana dapat membantu orang lain

    • 1Te 1:​2-9; 2:12—Paulus, yang merupakan seorang lelaki bujang, menggambarkan bagaimana kerja penyebarannya membawa sukacita kerana dia dapat membantu banyak orang mengenal Yehuwa

Seperti semua hamba Tuhan, mengapakah orang bujang juga harus tetap bersih secara moral?

1Ko 6:18; Ga 5:​19-21; Ef 5:​3, 4

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ams 7:​7-23—Raja Salomo menggambarkan akibat buruk apabila seorang pemuda membiarkan dirinya digoda oleh seorang perempuan yang tidak bermoral

    • Kid 4:12; 8:​8-10—Oleh sebab gadis Shulam berpegang teguh pada standard Yehuwa mengenai perkahwinan, dia dipuji oleh orang

Bilakah orang bujang patut mempertimbangkan untuk berkahwin?