Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ibadat

Ibadat

Siapakah satu-satunya Peribadi yang kita sembah?

Kel 34:14; Ul 5:​8-10; Yes 42:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 4:​8-10—Syaitan menawarkan semua kerajaan di dunia kepada Yesus jika Yesus menyembahnya; Yesus menolak tawaran itu dan bertekad untuk menyembah Yehuwa sahaja

    • Why 19:​9, 10—Satu malaikat yang perkasa menghalang Yohanes yang ingin menyembahnya

Bagaimanakah Yehuwa ingin kita menyembah-Nya?

Yoh 4:24; Yak 1:​26, 27

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yes 1:​10-17—Yehuwa menolak dan membenci penyembahan daripada orang yang munafik yang tidak hidup menurut standard-Nya

    • Mt 15:​1-11—Kata-kata Yesus menunjukkan bahawa Yehuwa tidak mahu ibadat kita berdasarkan tradisi manusia, sebaliknya harus berdasarkan hukum Tuhan

Seboleh-bolehnya, kita harus menyembah Yehuwa bersama siapa?

Ibr 10:​24, 25

Lihat juga Mz 133:​1-3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 2:​40-42—Pada abad pertama, orang Kristian berkumpul bersama untuk berdoa, bergaul, dan mengkaji ajaran yang diilhami oleh Tuhan

    • 1Ko 14:​26-40—Paulus menyatakan bahawa perjumpaan sidang haruslah teratur dan menggalakkan agar semua orang dapat belajar dan memahami ajaran yang disampaikan

Apakah yang harus kita lakukan untuk memastikan ibadat kita diterima oleh Yehuwa?

Mt 7:​21-24; 1Yo 2:17; 5:3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ibr 11:6—Paulus menjelaskan bahawa iman sangat penting jika kita mahu ibadat kepada Yehuwa diterima oleh-Nya

    • Yak 2:​14-17, 24-26—Yakobus, adik tiri Yesus, menjelaskan bahawa iman kita mesti disertai perbuatan; iman akan mendorong kita untuk bertindak