MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 2

Berbual Secara Santai

Berbual Secara Santai

Prinsip: “Alangkah baiknya kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya!”​—Ams. 15:23.

Apa yang Filipus buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 8:30, 31. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Bagaimanakah Filipus memulakan perbualan?

  2.   Mengapakah cara Filipus memulakan perbualan itu berkesan dan membuka peluang untuk mengongsi kebenaran baharu dengan lelaki itu?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Filipus?

2. Jika kita dengan santai biarkan perbualan itu berkembang, kemungkinan besar orang itu akan berasa selesa dan lebih sudi mendengar mesej kita.

Tirulah Filipus

3. Guna daya pemerhatian. Anda dapat tahu banyak tentang seseorang dengan memerhatikan raut wajah dan gerak-gerinya. Adakah orang itu nampaknya sudi bercakap dengan anda? Anda mungkin dapat memperkenalkan kebenaran Bible dengan bertanya, “Adakah kamu tahu . . . ?” Jangan paksa seseorang berbual dengan anda jika dia tidak sudi berbuat demikian.

4. Bersabar. Jangan berasa bahawa anda perlu terus bercakap tentang kebenaran Bible. Tunggulah masa yang sesuai untuk mengongsi kebenaran Bible dengan santai. Ada kalanya anda mungkin perlu tunggu sehingga perbualan seterusnya dengan orang itu.

5. Buat penyesuaian. Anda mungkin ingin kongsi suatu kebenaran Bible. Namun, orang itu mungkin cakap sesuatu yang anda tidak jangkakan. Jadi anda perlu sudi kongsi sesuatu yang ada kaitan dengan orang itu.