Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 3

Baik Hati

Baik Hati

Prinsip: “Kasih itu . . . baik hati.”​—1 Kor. 13:4.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Yohanes 9:1-7. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Apakah yang Yesus lakukan terlebih dahulu, menyembuhkan lelaki yang buta itu atau mengongsi berita baik kepadanya?—Lihat Yohanes 9:35-38.

  2.   Mengapakah cara Yesus mungkin buat lelaki itu lebih sudi mendengar berita baik?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Seseorang akan lebih sudi mendengar mesej kita jika dia rasa bahawa kita mengambil berat terhadapnya.

Tirulah Yesus

3. Tunjukkan empati. Cuba bayangkan perasaannya.

  1.    Tanyalah diri, “Apa yang mungkin buat dia risau? Apa yang dapat membantu dan menarik minatnya?” Dengan demikian, anda dapat menunjukkan kebaikan hati dalam cara yang sesuai dan ikhlas.

  2.   Apabila anda mendengar luahan seseorang, anda menunjukkan bahawa anda peduli tentang apa yang penting baginya. Jika dia beritahu anda perasaannya tentang sesuatu atau masalah yang sedang dihadapinya, janganlah ubah topik itu.

4. Bercakap dengan hormat dan baik. Jika anda berbelas kasihan dan benar-benar ingin membantu orang itu, hal itu dicerminkan melalui cara anda bercakap. Pilihlah kata-kata anda dengan bijak dan gunakanlah nada suara yang sesuai. Elakkan menyebut perkara-perkara yang dapat menyinggungnya.

5. Sudi membantu. Carilah peluang yang sesuai untuk membantu orang dalam cara yang praktikal. Kebaikan hati yang anda tunjukkan dapat membuatnya lebih sudi berbual dengan anda.