MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 4

Kerendahan Hati

Kerendahan Hati

Prinsip: “Dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.”​—Flp. 2:3.

Apa yang Paulus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 26:2, 3. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Bagaimanakah Paulus menunjukkan kerendahan hati semasa bercakap kepada Raja Agripa?

  2.   Bagaimanakah Paulus menghalakan perhatian kepada Yehuwa dan Ayat-Ayat Suci, dan bukannya kepada diri sendiri?—Lihat Kisah 26:22.

Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?

2. Mesej kita akan lebih menarik jika kita bercakap dalam cara yang rendah hati dan hormat.

Tirulah Paulus

3. Jangan merendahkan orang lain. Jangan buat orang rasa bahawa anda tahu segala-galanya dan orang lain tidak tahu apa-apa. Bercakaplah dengan hormat kepadanya.

4. Tunjukkan bahawa kebenaran yang anda ajarkan adalah daripada Bible. Firman Tuhan mengandungi kata-kata yang dapat menyentuh hati orang. Apabila kita menggunakannya, kita sedang membina iman mereka pada asas yang betul.

5. Sentiasa lemah lembut. Jangan berkeras untuk buktikan bahawa anda betul. Kita tidak mahu bertengkar. Tunjukkan kerendahan hati dengan tetap tenang dan tahu masanya untuk beredar. (Ams. 17:14; Tit. 3:2) Jika anda bercakap dalam cara yang lemah lembut, orang itu mungkin akan mendengar mesej kita pada masa depan.