MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 5

Kesopanan

Kesopanan

Prinsip: “Hendaklah kata-kata kamu sentiasa menyenangkan.”​—Kol. 4:6.

Apa yang Paulus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 17:​22, 23. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Apakah perasaan Paulus tentang amalan agama palsu yang dia nampak di Atena?​—Lihat Kisah 17:16.

  2.   Daripada mengutuk orang Atena, bagaimanakah Paulus dengan hormat menggunakan kepercayaan mereka untuk mengongsi berita baik?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?

2. Jika kita memilih kata-kata dengan bijak serta tahu bagaimana dan bila untuk menyampaikannya, orang akan lebih sudi untuk mendengar kita.

Tirulah Paulus

3. Pilihlah kata-kata dengan bijak. Misalnya, semasa bercakap dengan orang yang bukan Kristian, anda mungkin perlu menyesuaikan cara anda memperkenalkan Bible atau bercakap tentang Yesus.

4. Jangan segera membetulkan seseorang. Biarkan dia meluahkan pandangannya dengan bebas. Jika dia cakap sesuatu yang bercanggahan dengan ajaran Bible, janganlah bertengkar. (Yak. 1:19) Dengan mendengarnya, anda akan lebih memahami pandangannya.​—Ams. 20:5.

5. Bersetuju dan puji orang itu jika sesuai. Dia mungkin benar-benar yakin bahawa kepercayaan agamanya adalah betul. Carilah titik persamaan dahulu. Kemudian secara beransur-ansur, bantulah dia untuk memahami apa yang Bible ajarkan.