Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 6

Keberanian

Keberanian

Prinsip: “Tuhan kita telah mengurniai kami keberanian untuk memberitahu kamu berita baik.”​—1 Tes. 2:2.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Lukas 19:1-7. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Mengapakah sesetengah orang mungkin menjauhi Zakheus?

  2.   Namun begitu, apakah yang mendorong Yesus untuk mengongsi berita baik dengannya?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Kita perlukan keberanian untuk mengongsi mesej Kerajaan Tuhan kepada semua orang tanpa berat sebelah.

Tirulah Yesus

3. Bergantung pada Yehuwa. Sepertimana kuasa suci Tuhan menguatkan Yesus untuk menginjil, kuasa suci juga dapat menguatkan anda. (Mat. 10:​19, 20; Luk. 4:18) Mintalah bantuan Yehuwa agar anda dapat menginjil dengan berani kepada orang yang buat anda rasa takut.​—Kis. 4:29.

4. Jangan hakimi orang. Kita mungkin teragak-agak untuk bercakap dengan sesetengah orang kerana penampilan fizikal, kedudukan sosial atau ekonomi, gaya hidup, atau kepercayaan agama mereka. Tetapi ingatlah:

  1.    Yehuwa dan Yesus dapat membaca hati, kita pula tidak dapat.

  2.   Semua orang berpeluang untuk menerima belas kasihan Yehuwa.

5. Berani tetapi berwaspada dan tunjukkan hormat. (Mat. 10:16) Jangan bertengkar. Akhiri perbualan dengan sopan jika orang itu enggan menerima berita baik atau anda berasa tidak selamat.—Ams. 17:14.