JADIKAN MURID

PELAJARAN 12

Berterus Terang

Berterus Terang

Prinsip: “Minyak dan kemenyan menyenangkan hati, begitu juga dengan sahabat yang memberikan nasihat yang ikhlas.”​—Ams. 27:9.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Markus 10:​17-22. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Apakah sifat-sifat baik yang mungkin diperhatikan Yesus pada pemimpin yang muda itu?

  2.   Mengapakah Yesus perlu menunjukkan kasih dan berterus terang semasa menasihatinya?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Kita perlu menunjukkan kasih, tetapi kita perlu berterus terang kepada pelajar tentang apa yang dapat dilakukannya untuk maju secara rohani.

Tirulah Yesus

3. Bantu pelajar anda untuk menetapkan dan mencapai matlamat.

  1.    Gunakan bahagian “Matlamat” dalam setiap pelajaran Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

  2.   Bantu pelajar anda mengenal pasti langkah-langkah spesifik untuk mencapai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

  3.   Pujilah pelajar anda secara kerap atas kemajuannya.

4. Kenal pasti apa yang menghalang kemajuan pelajar anda dan bantu dia mengatasinya.

  1.    Tanyalah diri,

    • “Jika pelajar saya tidak membuat kemajuan untuk dibaptis, apakah yang menghalangnya?”

    • “Apakah yang dapat saya lakukan untuk membantunya?”

  2.   Berdoalah memohon keberanian agar dapat bincang secara terus terang dan pengasih tentang apa yang perlu dilakukan pelajar anda.

5. Berhenti belajar dengan orang yang tidak membuat kemajuan.

  1.    Tentukan jika pelajar anda sedang membuat kemajuan dengan menanya diri,

    • “Adakah pelajar saya sedang menerapkan apa yang dipelajarinya?”

    • “Adakah dia menghadiri perjumpaan dan mengongsi kebenaran dengan orang lain?”

    • “Jika dia sudah lama belajar, adakah dia ingin menjadi salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa?”

  2.   Jika pelajar Bible tidak sudi membuat kemajuan,

    • Mintalah dia untuk memikirkan apa yang menghalangnya.

    • Dalam cara yang baik, terangkan sebabnya anda menghentikan pembelajaran itu.

    • Beritahu dia apa kemajuan yang perlu dilakukannya jika dia ingin belajar semula.