LAMPIRAN A

Kebenaran yang Kita Suka Kongsikan

Kebenaran yang Kita Suka Kongsikan

Yesus berkata bahawa orang yang berhati jujur akan mengenal kebenaran apabila mereka mendengarnya. (Yoh. 10:4, 27) Jadi semasa kita bercakap dengan orang, kita mahu mengongsi kebenaran Bible yang mudah difahami. Cubalah memperkenalkan suatu kebenaran dengan menanya, “Adakah kamu tahu . . . ?” atau “Pernahkah kamu dengar . . . ?” Kemudian, guna ayat-ayat Bible yang berkaitan untuk menjelaskan kebenaran itu. Dengan hanya mengongsi satu kebenaran Bible yang ringkas, kita sedang menanam benih dalam hati seseorang dan Tuhan dapat membuat benih itu bertumbuh!​—1 Kor. 3:6, 7.

 MASA DEPAN

  1. 1. Peristiwa yang berlaku dan sikap manusia menunjukkan bahawa perubahan akan berlaku tidak lama lagi.​—Mat. 24:3, 7, 8; Luk. 21:10, 11; 2 Tim. 3:1-5.

  2. 2. Bumi tidak akan dimusnahkan.​—Mzm. 104:5; Pkh. 1:4.

  3. 3. Alam sekitar akan dipulihkan.​—Yes. 35:1, 2; Why. 11:18.

  4. 4. Semua orang akan memiliki kesihatan yang sempurna.​—Yes. 33:24; 35:5, 6.

  5. 5. Anda dapat hidup selama-lamanya di bumi.​—Mzm. 37:29; Mat. 5:5.

 KELUARGA

  1. 6. Seorang suami patut “mengasihi isterinya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”​—Ef. 5:33; Kol. 3:19.

  2. 7. Seorang isteri patut menunjukkan hormat yang mendalam terhadap suaminya.​—Ef. 5:33; Kol. 3:18.

  3. 8. Suami dan isteri patut setia terhadap satu sama lain.​—Mal. 2:16; Mat. 19:4-6, 9; Ibr. 13:4.

  4. 9. Anak-anak yang menghormati dan mentaati ibu bapa akan berjaya.​—Ams. 1:8, 9; Ef. 6:1-3.

NASA, ESA and the Hubble Heritage Team (STScI/AURA)-ESA/Hubble Collaboration. Licensed under CC BY 4.0. Source.

 TUHAN

  1. 10. Tuhan ada nama.​—Mzm. 83:18; Yer. 10:10.

  2. 11. Tuhan memberi kita mesej yang penting.​—2 Tim. 3:16, 17; 2 Ptr. 1:20, 21.

  3. 12. Tuhan itu adil dan tidak berat sebelah.​—Ul. 10:17; Kis. 10:34, 35.

  4. 13. Tuhan ingin bantu kita.​—Mzm. 46:1; 145:18, 19.

 BERDOA

  1. 14. Tuhan mahu kita berdoa kepada-Nya.​—Mzm. 62:8; 65:2; 1 Ptr. 5:7.

  2. 15. Bible ajar kita cara untuk berdoa.​—Mat. 6:7-13; Luk. 11:1-4.

  3. 16. Kita patut selalu berdoa.​—Mat. 7:7, 8; 1 Tes. 5:17.

 YESUS

  1. 17. Yesus seorang guru agung dan nasihatnya selalu bermanfaat.​—Mat. 6:14, 15, 34; 7:12.

  2. 18. Yesus menubuatkan peristiwa yang kita lihat hari ini.​—Mat. 24:3, 7, 8, 14; Luk. 21:10, 11.

  3. 19. Yesus ialah anak Tuhan.​—Mat. 16:16; Yoh. 3:16; 1 Yoh. 4:15.

  4. 20. Yesus bukan Tuhan Yang Maha Kuasa.​—Yoh. 14:28; 1 Kor. 11:3.

Based on NASA/Visible Earth imagery

 KERAJAAN TUHAN

  1. 21. Kerajaan Tuhan benar-benar wujud di syurga.​—Dan. 2:44; 7:13, 14; Mat. 6:9, 10; Why. 11:15.

  2. 22. Kerajaan Tuhan akan menggantikan kerajaan manusia.​—Mzm. 2:7-9; Dan. 2:44.

  3. 23. Kerajaan Tuhan ialah satu-satunya penyelesaian bagi masalah manusia.​—Mzm. 37:10, 11; 46:9; Yes. 65:21-23.

 PENDERITAAN

  1. 24. Tuhan bukan penyebab penderitaan kita.​—Ul. 32:4; Yak. 1:13.

  2. 25. Syaitan ialah penguasa dunia ini.​—Luk. 4:5, 6; 1 Yoh. 5:19.

  3. 26. Tuhan lihat penderitaan anda dan Dia ingin membantu anda.​—Mzm. 34:17-19; Yes. 41:10, 13.

  4. 27. Tuhan akan mengakhiri penderitaan kita tidak lama lagi.​—Yes. 65:17; Why. 21:3, 4.

 KEMATIAN

  1. 28. Orang mati tidak sedar apa-apa; mereka tidak menderita.​—Pkh. 9:5; Yoh. 11:11-14.

  2. 29. Orang mati tidak dapat membantu kita atau mencederakan kita.​—Mzm. 146:4; Pkh. 9:6, 10.

  3. 30. Orang tersayang kita yang sudah mati akan dibangkitkan.​—Ayb. 14:13-15; Yoh. 5:28, 29; Kis. 24:15.

  4. 31. “Kematian tidak akan ada lagi.”​—Why. 21:3, 4; Yes. 25:8.

 AGAMA

  1. 32. Bukan semua agama menyenangkan Tuhan.​—Yer. 7:11; Mat. 7:13, 14, 21-23.

  2. 33. Tuhan membenci sikap bermuka dua.​—Yes. 29:13; Mi. 3:11; Mrk. 7:6-8.

  3. 34. Kasih sejati ialah ciri utama agama yang benar.​—Mi. 4:3; Yoh. 13:34, 35.