Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Maklumat untuk Para Hadirin

Maklumat untuk Para Hadirin

ATENDAN Para atendan ditugaskan untuk membantu anda. Sila berikan kerjasama sepenuhnya dengan mengikut arahan mereka berkenaan tempat letak kereta, laluan yang patut digunakan, tempat duduk, dan hal-hal lain.

HILANG DAN JUMPA Semua barang yang dijumpai harus dibawa ke Bahagian Hilang dan Jumpa. Jika anda kehilangan sesuatu, pergilah ke bahagian ini untuk mencari barang anda. Kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa harus dibawa ke bahagian ini. Namun, untuk mengelakkan situasi sebegini, sila awasi anak-anak anda dan pastikan mereka berada di sisi anda.

KHIDMAT SUKARELA Jika anda ingin membantu dalam kerja yang berkaitan dengan konvensyen, sila pergi ke Bahagian Maklumat dan Khidmat Sukarela.

PEMBAPTISAN Biasanya, tempat duduk yang dikhaskan untuk calon pembaptisan terletak di hadapan pentas dalam dewan utama. Calon pembaptisan patut berada di tempat duduk yang telah dikhaskan sebelum ceramah pembaptisan bermula pada pagi Sabtu. Setiap calon patut membawa tuala dan pakaian yang sopan dan sesuai untuk pembaptisan.

PERTOLONGAN CEMAS Sila ingat bahawa perkhidmatan ini adalah untuk kecemasan sahaja.

SUMBANGAN Banyak perbelanjaan telah digunakan bagi menyediakan tempat duduk yang mencukupi, sistem pembesar suara, peralatan video, dan pelbagai perkhidmatan lain supaya para hadirin dapat menikmati konvensyen dengan selesa dan menghampiri Yehuwa. Sumbangan sukarela anda membantu membiayai perbelanjaan ini dan juga menyokong kerja sedunia. Untuk kemudahan anda, peti-peti sumbangan diletakkan di sekitar dewan konvensyen. Namun, jika dapat, sila berikan sumbangan dalam talian melalui donate.pr418.com. Sumbangan anda amat dihargai. Badan Pimpinan sangat menghargai kemurahan hati yang anda tunjukkan demi kepentingan Kerajaan Tuhan.

TEMPAT DUDUK Sila bertimbang rasa terhadap orang lain. Ingatlah, anda hanya boleh mengekhaskan tempat duduk bagi ahli keluarga terdekat, pelajar Bible anda, mereka yang menaiki kenderaan yang sama dengan anda, atau tinggal serumah dengan anda. Jangan letak barang-barang anda di atas tempat duduk yang lain.

Diaturkan oleh Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa

© 2024 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania