Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nubuat 5. Merosakkan Bumi

Nubuat 5. Merosakkan Bumi

Nubuat 5. Merosakkan Bumi

“[Tuhan akan] membinasakan orang yang merosakkan bumi.”​—WAHYU 11:18.

● Encik Pirri ialah seorang penoreh todi di Kpor, Nigeria. Seluruh kehidupannya terjejas akibat penumpahan minyak di Delta Niger. Dia mengeluh, “Semua ikan-ikan mati. Kulit kami pun rosak dan air sungai sudah tercemar.”

APAKAH FAKTANYA? Menurut sesetengah pakar, 6.5 juta tan sisa buangan mencemari laut setiap tahun. Kira-kira 50 peratus daripadanya ialah plastik yang akan terapung-apung selama ratusan tahun sebelum terurai. Selain itu, manusia menggunakan sumber alam tanpa menghiraukan akibatnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa bumi memerlukan satu tahun lima bulan untuk menghasilkan apa yang digunakan oleh manusia dalam setahun. “Jika hal ini berterusan, pada tahun 2035, kita akan memerlukan dua Bumi untuk menampung keperluan manusia,” kata Sydney Morning Herald.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Manusia bijak dan dapat menyelesaikan masalah ini. Kita dapat memulihkan bumi.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Banyak usaha telah dicurahkan oleh individu dan pertubuhan untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah alam sekitar. Namun, pencemaran terus berleluasa.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah manusia memerlukan Tuhan untuk campur tangan dan menyelamatkan bumi kita?

Setelah mengkaji lima nubuat, mari kita melihat satu lagi nubuat yang menarik mengenai hari-hari terakhir.

[Petikan pada muka surat 8]

“Saya rasa firdaus yang saya miliki telah menjadi tempat buangan sisa toksik.”​—ERIN TAMBER, PENDUDUK DI PANTAI TELUK AMERIKA SYARIKAT MENGULAS TENTANG PENUMPAHAN MINYAK DI TELUK MEXICO PADA 2010.

[Kotak pada muka surat 8]

Adakah Tuhan Bertanggungjawab?

Memandangkan Bible menubuatkan hal-hal buruk yang berlaku hari ini, adakah hal ini bermaksud Tuhanlah yang bertanggungjawab atas semua kejahatan yang berlaku? Adakah Dia menyebabkan penderitaan kita? Anda dapat mencari jawapan yang memuaskan kepada soalan-soalan itu di bab 11 buku Apakah yang Diajarkan Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

[Sumber Gambar pada muka surat 8]

U.S. Coast Guard photo