Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Masa Depan yang Indah Bakal Tiba!

Masa Depan yang Indah Bakal Tiba!

Masa Depan yang Indah Bakal Tiba!

‘Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan. Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.’​—MAZMUR 37:10, 11.

ADAKAH anda mahu lihat janji ini menjadi kenyataan? Sudah pasti! Anda boleh yakin bahawa harapan ini akan berlaku tidak lama lagi.

Rencana-rencana sebelum ini telah membuktikan bahawa kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir,” seperti yang dinubuatkan Bible. (2 Timotius 3:1-5) Tuhan mengilhami penulis Bible untuk mencatatkannya agar kita mempunyai harapan. (Roma 15:4) Mengapa? Kerana hal ini membantu kita yakin bahawa masalah yang kita lihat hari ini bakal dilenyapkan.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi. (Matius 6:9) Pada waktu itu, semua janji Bible yang berikut akan menjadi realiti!

Tiada lagi kebuluran. “Bumi akan melimpah dengan biji-bijian, dan puncak gunung akan mengeluarkan hasil yang lumayan.”​—Mazmur 72:16.

Tiada lagi penyakit. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”​—Yesaya 33:24.

Bumi akan dipulihkan. “Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.”​—Yesaya 35:1.

Ini hanyalah beberapa berkat yang dinubuatkan dalam Bible. Inginkah anda tahu lebih lanjut lagi? Saksi-Saksi Yehuwa gembira untuk membantu anda belajar tentang harapan Bible ini.