Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cadangan bagi Penyembahan Keluarga dan Pembelajaran Peribadi

Cadangan bagi Penyembahan Keluarga dan Pembelajaran Peribadi

Cadangan bagi Penyembahan Keluarga dan Pembelajaran Peribadi

SEJAK awal tahun 2009, Saksi-Saksi Yehuwa mengalami perubahan pada jadual mingguan perjumpaan sidang. Dua perjumpaan telah digabungkan dan semua digalakkan untuk menggunakan malam yang terluang untuk mengadakan penyembahan keluarga atau pembelajaran peribadi. Adakah anda menyambut baik galakan yang diberikan? Adakah anda sedang meraih faedahnya?

Apakah bahan yang patut digunakan semasa penyembahan keluarga? Badan Pimpinan tidak membuat keputusan bagi kita memandangkan keperluan setiap keluarga adalah berbeza. Jadi, kepala keluarga bertanggungjawab untuk menentukan apa yang paling sesuai dilakukan semasa malam penyembahan keluarga. Saudara saudari bujang juga boleh berbuat demikian.

Ada yang menggunakan masa ini untuk membuat persediaan bagi perjumpaan. Ada juga yang menggunakannya untuk membaca, membincang, dan melakonkan kisah dalam Bible atau bahan bacaan yang lain, terutamanya untuk faedah anak-anak yang lebih kecil. Kaedah soal jawab, seperti yang dilakukan di perjumpaan tidak digalakkan. Semua dalam keluarga patut berasa selesa untuk meluahkan isi hati dan bertukar pendapat. Suasana sebegini akan menggalakkan semua untuk menggunakan daya imaginasi, dan menjadikan penyembahan keluarga serta pembelajaran peribadi lebih menyegarkan.

Seorang bapa menulis tentang tiga orang anaknya: “Sering kali apa yang kami lakukan adalah berdasarkan pembacaan Bible. Kami masing-masing membaca Bible sebelum penyembahan keluarga—anak-anak saya akan membuat penyelidikan, dan kemudian mereka akan membentangkan hasil penyelidikan mereka. Michael [tujuh tahun] selalunya akan melukis sebuah gambar atau menulis karangan satu perenggan. David dan Kaitlyn [13 dan 15 tahun] pula akan menulis kisah Bible dari sudut pandangan seorang pemerhati. Sebagai contoh, semasa kita membaca tentang Yusuf yang telah mentafsirkan mimpi pengurus minuman dan pengurus roti Firaun, Kaitlyn menulis dari sudut pandangan seorang banduan yang sedang melihat apa yang telah berlaku.”​—Kej., bab 40.

Sudah tentu, situasi setiap keluarga adalah berbeza. Apa yang berkesan bagi seorang individu atau keluarga mungkin tidak berkesan bagi orang lain. Kotak di sebelah menawarkan beberapa cadangan yang dapat digunakan semasa malam penyembahan keluarga atau pembelajaran peribadi. Kemungkinan besar, anda dapat memikirkan cadangan lain yang berkesan!

[Kotak/​Gambar pada muka surat 6, 7]

Untuk keluarga dengan anak remaja:

• Baca dan bincangkan buku “Pertanyaan Kaum Muda” (Questions Young People Ask​—Answers That Work).

• Bayangkan anda sedang hidup pada zaman Bible. (Lihat The Watchtower, 15 Mei 1996, muka surat 14, perenggan 17-18.)

• Bincangkan matlamat rohani jangka panjang dan jangka pendek.

• Tonton dan bincangkan salah satu video.

• Bincangkan rencana “Untuk Kaum Muda” dalam The Watchtower.

Untuk pasangan tanpa anak:

• Bincangkan bab 1, 3, 11-16 dalam buku “Kebahagiaan Keluarga” (The Secret of Family Happiness).

• Bincangkan hasil penyelidikan daripada pembacaan Bible.

• Buat persediaan untuk perjumpaan Pembelajaran Bible Sidang atau Pembelajaran Majalah.

• Bincangkan cara memperluas khidmat kepada Yehuwa.

Untuk saudara saudari bujang atau mereka dengan ahli keluarga yang tidak seiman:

• Pelajari bahan bacaan baru dari konvensyen distrik.

• Baca “Buku Tahunan” (Yearbook) yang baru dan yang lama.

• Selidiki cara menjawab soalan penghuni rumah.

• Sediakan penyampaian untuk aktiviti penyebaran.

Untuk keluarga dengan anak kecil:

• Lakonkan kisah Bible.

• Buat aktiviti dalam Awake! muka surat 30 dan 31.

• Galakkan anak menggunakan imaginasi. (Lihat rencana dalam Awake! 8 Mac 1996, muka surat 16-19.)

• Bincangkan rencana “Ajarlah Anak Anda” dalam The Watchtower.