Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Sekolah Teokratik​—Bukti akan Kasih Yehuwa

Sekolah Teokratik​—Bukti akan Kasih Yehuwa

YEHUWA ialah Pendidik Agung kita. (Yes. 30:20) Kasih menggerakkan-Nya untuk mendidik dan melatih orang lain. Misalnya, Yehuwa sangat mengasihi Yesus dan “menunjukkan segala yang dilakukan-Nya” kepada Yesus. (Yoh. 5:20) Yehuwa juga mengasihi Saksi-Saksi-Nya dan ‘mengajar kita apa yang harus kita katakan’ semasa kita berusaha memuliakan-Nya dan membantu orang lain.​—Yes. 50:4.

Jawatankuasa Mengajar mengadakan sepuluh sekolah teokratik untuk melatih mereka yang ingin dan mampu menyertainya. Adakah anda sedar bahawa sekolah-sekolah ini ialah bukti akan kasih Yehuwa?

Marilah kita lihat gambar keseluruhan tentang sekolah-sekolah teokratik yang terkini serta komen saudara saudari yang telah menyertainya. Kemudian tanyalah diri, “Bagaimanakah saya boleh memanfaatkan pendidikan yang disediakan oleh Tuhan?”

LATIHAN TEOKRATIK YANG BERMANFAAT

Yehuwa ialah ‘Tuhan yang mengasihi kita.’ Dia menyediakan latihan supaya kita menikmati hidup yang lebih bermakna, mengetahui cara mengharungi cabaran, dan cara meraih sukacita semasa menginjil. (2 Kor. 13:11) Seperti orang Kristian abad pertama, kita dilengkapi untuk membantu dan mengajar orang lain mentaati segala perintah Tuhan.​—Mat. 28:20.

Meskipun kita tidak dapat menghadiri semua sekolah ini, kita boleh menghadiri satu atau beberapa sekolah tersebut dan mendapat manfaat daripada ajaran Bible yang disampaikan. Kita juga boleh mengasah kemahiran menginjil sendiri dengan berkhidmat bersama hamba-hamba Yehuwa yang terlatih.

Tanyalah diri, “Adakah keadaan saya mengizinkan saya untuk menyertai mana-mana sekolah ini?”

Penyembah Yehuwa berbesar hati untuk menyertai dan diajar di sekolah-sekolah ini. Semoga latihan yang anda terima mengeratkan hubungan anda dengan Tuhan dan membantu anda melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh-Nya, terutamanya kerja menyebarkan berita baik.