Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Lihatlah Gambar-gambar!”

“Lihatlah Gambar-gambar!”

Berapa kalikah anda pernah berkata sedemikian kepada diri atau kawan-kawan apabila anda mendapat terbitan baru majalah pembelajaran? Banyak masa dan tenaga dicurahkan untuk menyediakan lukisan serta gambar foto yang mempesonakan. Tujuannya adalah supaya kita boleh membayangkan dan merenungkan ajaran yang disampaikan. Hal ini dapat membantu kita semasa membuat persiapan dan memberikan komen semasa pembelajaran majalah.

Contohnya, perhatikan gambar pertama dalam setiap rencana pembelajaran. Mengapakah gambar itu dipilih? Apakah kaitannya dengan tajuk dan ayat tema rencana? Mengenai gambar lain pula, fikirkan apa kaitannya dengan subjek yang dibincangkan dan cara menerapkannya dalam kehidupan anda.

Saudara yang mengendalikan pembelajaran majalah akan meminta hadirin untuk memberikan komen mengenai setiap gambar. Hadirin boleh mengaitkan gambar dengan subjek yang dibincangkan atau menjelaskan bagaimana gambar itu membantu mereka. Sesetengah gambar disertai nota yang mengaitkannya kepada perenggan tertentu. Jika tiada nota, saudara yang mengendalikan pembelajaran boleh mengaitkan gambar itu dengan perenggan yang bersesuaian. Dengan demikian, kita dibantu untuk membayangkan kisah Bible dan memperoleh pengajaran daripadanya.

Seorang saudara mengatakan bahawa gambar-gambar ibarat hiasan yang memperindah rencana pembelajaran.