Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | MENGAPA PERKARA BURUK TERJADI KEPADA ORANG BAIK?

Peristiwa Buruk Selalu Berlaku!

Peristiwa Buruk Selalu Berlaku!

Smita * ialah seorang wanita berumur 35 tahun di Dhaka, Bangladesh. Dia seorang yang penyayang, rajin dan ceria serta suka membantu orang mengenal Tuhan. Keluarga dan sahabatnya terkejut apabila dia jatuh sakit dan meninggal dalam masa kurang daripada seminggu!

James dan isterinya yang berumur 30-an juga mempunyai perwatakan seperti Smita. Pada suatu masa, mereka pergi melawat kawan-kawan di pantai barat Amerika Syarikat. Namun, mereka tidak kembali ke rumah mereka di New York. Mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya. Keluarga dan rakan sekerja sangat merindui mereka.

Adakah peristiwa buruk sebegini berlaku di tempat anda? Peperangan meragut nyawa orang awam serta askar. Ramai menjadi mangsa jenayah dan kekejaman. Kemalangan, penyakit, dan bencana alam mengancam nyawa orang tanpa mengira umur atau taraf hidup. Prasangka dan ketidakadilan juga berleluasa. Mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.

Maka, anda mungkin tertanya:

  • Mengapakah perkara buruk berlaku?

  • Adakah Tuhan menyebabkannya?

  • Adakah malapetaka berlaku secara kebetulan, atau disebabkan oleh manusia?

  • Adakah hal ini disebabkan oleh Karma? *

  • Jika Tuhan Yang Maha Kuasa wujud, mengapakah Dia tidak melindungi orang baik daripada bahaya?

  • Adakah kejahatan dan penderitaan akan berakhir?

Untuk mendapat jawapannya, kita perlu memahami dua perkara: Mengapakah peristiwa buruk berlaku, dan apakah yang akan Tuhan lakukan?

^ per. 3 Nama-nama telah diubah.

^ per. 10 Karma ialah kepercayaan bahawa dosa pada kehidupan lampau menyebabkan seseorang menderita sekarang.