Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Jawapan Bible

Jawapan Bible

Mengapakah kita berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan?

Adakah anda ingin belajar lebih lanjut tentang Kerajaan Tuhan dan apa yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan itu?

Kerajaan Tuhan ialah pemerintahan di syurga. Yesus mengajar pengikutnya untuk berdoa bagi kedatangan Kerajaan Tuhan. Kerajaan ini akan menegakkan keadilan dan memulihkan kedamaian di bumi. Tiada kerajaan manusia yang dapat melenyapkan keganasan, ketidakadilan, atau penyakit. Hanya Kerajaan Tuhan dapat melakukannya. Tuhan telah memilih Yesus untuk menjadi Raja Kerajaan ini serta sekumpulan pengikut Yesus untuk memerintah bersama-samanya.—Baca Lukas 11:2; 22:28-30.

Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan menghapuskan semua penentang Tuhan. Maka, doa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan merupakan permohonan agar Kerajaan Tuhan menggantikan semua kerajaan manusia.—Baca Daniel 7:13, 14; Wahyu 11:15, 18.

Mengapakah Kerajaan Tuhan bermanfaat bagi manusia?

Yesus ialah Raja yang terbaik kerana dia berbelas kasihan. Sebagai Anak Tuhan, dia berkuasa untuk membantu orang yang berseru kepada Tuhan.—Baca Mazmur 72:8, 12-14.

Orang yang berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan dan yang melakukan kehendak-Nya akan diberkati. Tidakkah ajaran Bible tentang Kerajaan Tuhan menarik minat anda?—Baca Lukas 18:16, 17; Yohanes 4:23.