Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Jawapan Bible

Jawapan Bible

Apakah yang mendorong orang untuk mempercayai kewujudan Pencipta?

Kehidupan sangat menakjubkan

Kira-kira 3,000 tahun yang lalu, seorang pemazmur berkata, “Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.” (Mazmur 139:14) Tidakkah anda berasa kagum apabila memikirkan tentang perkembangan bayi dalam rahim seorang ibu? Ciptaan yang menakjubkan mendorong orang untuk mengakui bahawa Pencipta wujud.—Baca Mazmur 139:13-17; Ibrani 3:4.

Pencipta alam semesta menciptakan bumi agar dapat menampung kehidupan. Dia sumber segala kehidupan. (Mazmur 36:10) Pencipta kita juga memperkenalkan diri-Nya kepada manusia.—Baca Yesaya 45:18.

Adakah kita berasal daripada binatang?

Tubuh manusia dan binatang mempunyai beberapa persamaan kerana mereka diciptakan untuk hidup di bumi. Pencipta kita menciptakan manusia daripada tanah, bukannya daripada binatang.—Baca Kejadian 1:24; 2:7.

Terdapat dua perkara penting yang membezakan manusia daripada binatang. Pertama, manusia berupaya untuk mengenal, mengasihi, dan menghormati Pencipta kita. Kedua, hanya manusia diciptakan untuk hidup selama-lamanya. Tetapi sekarang, semua orang mewarisi kematian kerana manusia pertama telah menolak bimbingan Pencipta kita.—Baca Kejadian 1:27; 2:15-17.