Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | INGINKAH ANDA BELAJAR BIBLE?

Kursus Pembelajaran Bible untuk Semua

Kursus Pembelajaran Bible untuk Semua

Saksi-Saksi Yehuwa dikenali kerana melakukan kerja penyebaran. Namun, tahukah anda bahawa kami juga mengadakan kursus pembelajaran Bible di serata dunia?

Pada tahun 2014, lebih daripada 8,000,000 Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan hampir 9,500,000 pembelajaran Bible setiap bulan di 240 buah negara. * Sebenarnya, angka itu jauh lebih tinggi daripada jumlah penduduk di banyak negara!

Untuk menjalankan kerja pendidikan ini, Saksi-Saksi Yehuwa menerbitkan sekitar 1.5 bilion Bible, buku, majalah, dan bahan bacaan lain setiap tahun. Bahan ini disediakan dalam sekitar 700 bahasa! Usaha yang hebat ini membantu ramai orang untuk belajar Bible dalam bahasa sendiri.

SOALAN YANG BIASA DITANYA MENGENAI KURSUS BIBLE

Bagaimanakah kursus ini diadakan?

Kami akan membincangkan pelbagai topik Bible dan melihat ayat Bible yang berkaitan. Contohnya, Bible mempunyai jawapan kepada soalan-soalan seperti: Siapakah Tuhan? Apakah sifat Tuhan? Adakah Tuhan mempunyai nama? Di manakah Dia tinggal? Bolehkah kita menghampiri-Nya? Biasanya kita tidak tahu bagaimana untuk mencari jawapannya dalam Bible.

Untuk membantu orang mencari jawapan kepada soalan-soalan sebegini, kami menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? * Buku ini direka khas untuk membantu orang memahami ajaran asas Bible. Terdapat pelajaran mengenai Tuhan, Yesus, penderitaan, pembangkitan, doa, dan sebagainya.

Bila dan di manakah pembelajaran Bible boleh diadakan?

Pembelajaran Bible boleh diadakan pada masa dan tempat pilihan anda.

Berapa lamakah setiap sesi pembelajaran Bible?

Ramai orang belajar selama satu jam setiap minggu. Tetapi jangka masa ini boleh diubah. Kami akan menyesuaikannya mengikut keadaan anda. Ada juga yang belajar selama 10 atau 15 minit sahaja setiap minggu.

Berapakah bayarannya?

Kursus ini dan bahan bacaan yang digunakan adalah percuma. Hal ini selaras dengan arahan Yesus kepada pengikutnya: “Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.”—Matius 10:8.

Berapa lamakah kursus ini berlangsung?

Hal ini terpulang kepada anda. Buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? mengandungi 19 pelajaran. Anda boleh memilih untuk belajar beberapa pelajaran atau semua pelajaran.

Adakah saya harus menjadi Saksi-Saksi Yehuwa?

Tidak. Kami menghormati hak orang untuk memilih kepercayaan masing-masing. Tetapi pengetahuan asas mengenai Bible dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang wajar.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

Laman web jw.org/ms memberikan maklumat yang tepat mengenai kepercayaan dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa.

Bagaimanakah saya boleh memohon pembelajaran Bible?

^ per. 4 Pembelajaran Bible biasanya diadakan secara individu atau dalam kumpulan kecil.

^ per. 9 Lebih daripada 230 juta buku ini telah diterbitkan dalam lebih daripada 260 bahasa oleh Saksi-Saksi Yehuwa.