Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Haruskah orang Kristian berdoa kepada Yesus Kristus?

Tidak. Yesus sendiri telah berdoa kepada Yehuwa dan dia telah menunjukkan cara untuk berdoa. (Mat. 6:6-9; Yoh. 11:41; 16:23) Oleh itu, murid-murid Yesus pada masa awal telah berdoa kepada Yehuwa, bukannya kepada Yesus. (Kis. 4:24, 30; Kol. 1:3)—1/1, muka 14.

Bagaimanakah kita dapat membuat persiapan untuk peringatan kematian Yesus setiap tahun?

Satu cara untuk membuat persiapan bagi Peringatan adalah dengan mengikuti jadual pembacaan Bible sempena Peringatan. Kita juga boleh meluangkan lebih banyak masa dalam kerja menginjil pada masa itu. Selain itu, kita boleh berdoa dan merenungkan harapan yang diberikan oleh Tuhan.—15/1, muka 14-16.

Apakah hadiah istimewa yang diterima oleh saudara saudari di Jepun?

Mereka menerima sebuah buku kecil yang mengandungi catatan Matius daripada Bible Terjemahan Dunia Baru. Buku ini ditawarkan semasa aktiviti penyebaran dan ramai menerimanya walaupun mereka tidak tahu isi Bible.—15/2, muka 3.

Apakah keadaan yang membantu pengikut Kristus menyebarkan berita baik pada abad pertama?

Keadaan yang aman di Empayar Roma yang dipanggil Pax Romana memudahkan kerja penyebaran. Orang Kristian pada masa awal boleh menggunakan kemudahan jalan raya yang meliputi banyak kawasan. Bahasa Yunani yang digunakan dengan meluas mempercepatkan kerja penyebaran di banyak tempat di bawah pemerintahan Empayar Roma. Berita baik juga dapat disebarkan kepada orang Yahudi yang tinggal di banyak tempat. Selain itu, pengikut Kristus menggunakan undang-undang Roma untuk mempertahankan berita baik.—15/2, muka 20-23.

Dahulu, bahan bacaan kita sering menjelaskan bahawa kisah-kisah dalam Bible melambangkan sesuatu perkara atau peristiwa pada masa depan. Tetapi mengapakah baru-baru ini, penjelasan sebegini jarang diterbitkan?

Bible menjelaskan bahawa ada kalanya individu, peristiwa, atau objek dalam sesetengah kisah Bible melambangkan sesuatu atau seseorang pada masa depan. Salah satu contoh terdapat di Galatia 4:21-31. Tetapi jika tiada dasar Bible, kita tidak akan menganggap bahawa kisah itu mempunyai maksud kiasan. Sebaliknya, kita bertumpu kepada pengajaran praktikal yang dapat diraih daripada kisah-kisah Bible. (Rm. 15:4)—15/3, muka 17-18.

Mengapakah penyingkiran ialah aturan yang penuh kasih?

Bible menyebut tentang suatu aturan yang serius, iaitu penyingkiran. (1 Kor. 5:11-13) Aturan ini membawa manfaat kerana dapat memuliakan nama Tuhan, melindungi kesucian sidang, dan mungkin menyebabkan pendosa sedar akan kesilapannya lalu bertaubat.—15/4, muka 29-30.