Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Kerajaan Tuhan?

SESETENGAH ORANG PERCAYA bahawa Kerajaan ini melambangkan pemerintahan Tuhan dalam hati seseorang; yang lain pula berfikir bahawa Kerajaan ini merupakan hasil usaha manusia untuk menjadikan dunia lebih aman. Apakah pendapat anda?

JAWAPAN BIBLE

‘Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal. Kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan manusia.’ (Daniel 2:44) Kerajaan Tuhan benar-benar wujud.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE

  • Kerajaan Tuhan memerintah dari syurga.​—Matius 10:7; Lukas 10:9.

  • Tuhan menggunakan Kerajaan-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya di syurga dan di bumi.​—Matius 6:10.

Bilakah Kerajaan Tuhan akan tiba?

APAKAH JAWAPAN ANDA?

  • Tiada orang tahu

  • Tidak lama lagi

  • Tidak akan tiba

JAWAPAN BIBLE

“Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.” (Matius 24:14) Apabila berita baik telah disebarkan dengan sepenuhnya, Kerajaan Tuhan akan tiba dan memusnahkan kejahatan di dunia.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE

  • Manusia tidak tahu dengan tepat bila kedatangan Kerajaan Tuhan.​—Matius 24:36.

  • Nubuat Bible menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan akan datang tidak lama lagi.​—Matius 24:3, 7, 12.