Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Hadiah Apakah yang Dapat Kita Berikan kepada Yehuwa?

Hadiah Apakah yang Dapat Kita Berikan kepada Yehuwa?

YESUS pernah berkata, “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.” (Kis. 20:35) Kebenaran itu juga merangkumi hubungan kita dengan Yehuwa. Mengapa? Kita berbahagia kerana menerima banyak kurniaan daripada Yehuwa, tetapi apabila kita memberikan sesuatu kepada Yehuwa, kita akan lebih bahagia lagi. Hadiah apakah yang dapat kita berikan kepada Yehuwa? Amsal 3:9 menyatakan, “Muliakanlah Yehuwa dengan memberi-Nya segala milikmu yang berharga.” ‘Milik kita yang berharga’ merangkumi masa, kebolehan, tenaga, dan harta benda kita. Apabila kita menggunakan hal-hal itu untuk menyokong ibadat sejati, kita sedang memberikan hadiah kepada Yehuwa dan akan menuai kebahagiaan yang besar.

Apakah yang dapat kita lakukan supaya tidak lupa memberikan harta benda kita sebagai hadiah kepada Yehuwa? Rasul Paulus memberitahu sidang di Korintus agar “menyimpan sedikit wang” untuk disumbangkan. (1 Kor. 16:2) Bagaimanakah anda dapat menjumpai maklumat lanjut tentang cara untuk menderma di kawasan anda? Sila lihat kotak di bawah.

Derma dalam talian tidak dapat dilakukan di semua negara. Namun, maklumat tentang cara yang lain untuk menderma terdapat pada laman web sumbangan. Di sesetengah negara, terdapat sebuah dokumen pada laman itu untuk menjawab soalan lazim tentang sumbangan.